Wednesday, 1 June 2011

WANITA-WANITA TAULADAN DIDALAM SEJARAH (1)


بسم الله الرحمن الر حيم                                              


                                        
SEBELUM ISLAM
1.Isteri Jazbil Najjar

Wanita ini hidup dizaman nabi Musa(as) dan telah beriman dengan nabi Musa (as).Pekerjaan beliau ialah sebagai  juruandam  puteri  Raja Firaun,suatu hari ketika sedang mengandam puteri Firaun sikat beliau telah terjatuh dan beliau menjerit menyebut nama Tuhan,puteri Firaun bertanya adakah maksud  tuhan kamu  itu adalah ayahku?Isteri Jazbil Najjar menjawab:bukan bahkan tuhan yang mencipta seluruh makhluk termasuklah ayahandamu.Puteri Firaun terus memberi khabar kepada ayahandanya apa yang berlaku dan Firaun telah memanggil Isteri Jazbil Najjar dan bertanya:adakah kamu tidak mengaku aku sebagai tuhanmu?isteri Jazbil Najjar menjawab:aku sama sekali tidak akan meninggalkan tuhan ku kerana mahu menyembahmu.Firaun dengan penuh kemarahan telah mengarahkan supaya dibuat unggun api kemudian telah memasukan anak-anak Jazbil Najjar kedalam api yang sedang marak,ibunya melihat seorang demi seorang anak-anaknya terbakar dihadapannya sehinggalah Firaun mengambil anak  yang paling kecil masih bayi dan memberi tawaran kepada isteri Jazbil Najjar jika beliau berpaling dari agama nabi Musa anaknya yang masih bayi akan dikembalikan apabila mendengar tawaran Firaun Isteri Jazbil Najjar merasa serba salah,tiba-tiba anak kecil tersebut dengan kuasa Allah Taalah telah berkata kepada ibunya”Sabarlah wahai ibuku kamu adalah dipihak yang benar”.Firaun telah memasukkan bayi tersebut kedalam apai kemudian diikuti dengan ibunya.Nabi Muhammad(saw)  bersabda:pada malam aku bermikraj aku melalui satu kawasan yang mengeluarkan bau yang amat wangi  lantas aku bertanya:wahai Jibril apakah bauan yang sungguh wangi ini?Jibril menjawab:ini adalah bau abu bakaran jasadnya isteri Jazbi Najjar dan anak-anaknya,bauan  ini kekal hingga ke hari kiamat.
2.Ibu nabi Ibrahim

Kisah nabi Ibrahim(as) mempunyai persamaaan dengan kisah nabi Musa(as) ,Ibu nabi Ibrahim(as) bernama Buna.Raja Namrud mendapat  berita bahawa akan lahir seorang bayi yang akan menjatuhkan kerajaan beliau dan beliau telah membunuh dari 74 orang hingga 100 ribu kanak-kanak kerana takut ada dikalangan kanak-kanak tersebut yang akan menggulingkan kerajaannya .Ibu nabi Ibrahim yang pada ketika itu hamil cuba mengelakkan diri dari tentera-tentera Namrud telah berpura-pura didalam keadaan haid keluar dari kota(pada  zaman tersebut  menjadi satu budaya wanita yang haid dihantar keluar kota sehingga tamat tempoh haid mereka barulah dikembalikan kerumah)Ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi didalam sebuah gua  dan  dikawasan itulah nabi Ibrahim telah dilahirkan.Selama 13 tahun ibu nabi Ibrahim berulang alik kegua untuk melihat anaknya samada ditengah malam atau awal pagi  Allah Taala telah menjaga nabi Ibrahim(as) sepanjang beliau  berada digua tersebut dan setelah 13 tahun nabi Ibrahim(as) telah masuk kekota raja Namrud dan menentang penyembahan berhala.
3.Isteri Nabi Ayyub(as)

Isteri nabi Ayyub(as) bernama Ruhmah beliau merupakan anak perempuan nabi Syuib(as).Ruhmah berhadapan dengan kesulitan dan penderitaan anak-anaknya mati tertimbus bersama runtuhan bangunan,kebun-kebunnya  telah terbakar dan segala harta  dan haiwan ternakan telah binasa,nabi Ayyub(as) telah jatuh sakit didalam tempoh masa yang panjang dan  telah dicaci juga dihina setiap kali tamu  datang menziarahi beliau dengan berkata" Allah Taala telah menurunkan bala kepada kamu  kerana kamu orang  yang berbuat berdosa",penduduk kampung telah memulau nabi Ayyub(as) dan memaksanya keluar dari kampung.Nabi Ayyub(as) telah melalui kehidupannya ditepi jalan dengan begitu sengsara,kemudian dengan berkat kesabarannya Allah telah  menyembuhkan penyakitnya dan mengembalikan ternakan dan hartanya serta  sekali lagi mengurniakan anak-anak yang soleh kepada nabi Ayyub(as) melalui istrinya Ruhmah.
Kisah nabi Ayyub(as) ini telah memberi kita beberapa pengajaran:
Pertama Para nabi  Allah juga diuji dengan ujian yang sangat berat.
Kedua Orang mukmin akan  bersabar dengan ujian Allah.
Ketiga  Isteri yang baik adalah isteri yang sanggup bersama-sama dengan suami menghadapi kesukaran dan keperitan didalam kehidupan bersama dan tidak meninggalkan suaminya keseorangan didalam menghadapi kesusahan.
Terdapat ramai lagi wanita-wanita tauladan sebelum Islam  yang telah ditulis didalam sejarah seperti ibu dan kakak nabi Musa,Maryam(ibu nabi Isa),Siti Hajar(ibu nabi Ismail) ,Aminah(ibu nabi Muhammmad saw),Halimah Sa’diah dan ramai lagi yang mana kita boleh baca  dan kenal keperibadian mereka melalui  buku-buku sejarah.

No comments:

Post a Comment