Thursday, 9 June 2011

SYARAT-SYARAT PAKAIAN BAGI WANITA ISLAM

                            

Pakaian  yang mahu dipakai oleh seseorang wanita  walaupun didalam solat sekalipun mempunyai  syarat-syarat yangmana jika para wanita menjaga syarat-syarat ini akan mendapat keberkatan  dan kebahagian didalam kehidupan dunia maupun akhirat.
 
Terdapat empat syarat pakaian bagi wanita:
1.      Pakaian hendaklah samada  milik dan kepunyaannya sendiri atau jika milik orang lain hendaklah mendapat keizinan daripada pemiliknya,oleh itu jika seseorang wanita membeli pakaian dan tidak membayar harga pakaian tersebut atau membeli pakaian dengan wang tidak dikeluarkan khumus maka pakaian tersebut tidak boleh dipakai  dan jika dipakai ketika solat solatnya akan batal.
2.      Wanita tidak boleh memakai pakaian yang terlampau glamor yang tidak dipakai oleh penduduk setempat samada dari segi jenis kain atau cara jahitan dan fesyennya yangmana menimbulkan perhatian bagi masyarakat setempat.
3.      Wanita hendaklah memakai pakaian wanita dan lelaki hendaklah memakai pakaian lelaki.Islam tidak membenarkan kaum wanita memakai pakaian lelaki dan kaum lelaki memakai pakaian wanita samada dihadapan orang ramai ataupun diluar penglihatan orang ramai.Larangan ini melibatkan pakaian yang khusus untuk lelaki dan pakaian yang khusus untuk wanita  tetapi jika lelaki atau wanita memakai pakaian yang tidak dikhususkan untuk lelaki atau wanita contohnya t-shirt,selipar jepun dan lain tidaklah menjadi masalah.
4.      Wanita tidak boleh memakai pakaian yang menarik perhatian lelaki bukan mahram  atau pakaian yang menimbulkan syahwat dan membuka syahwat bagi kaum lelaki........






TIPS HARIAN






Bagi mengelakkan semut bacalah ayat dibawah didalam air dan renjis ketempat yang banyak     semut atau sarang semut.
حتى اذا اتو على واد النمل قا لت نملة يا ايها النمل ادخلوا مسا كنكم لا يحطمنكم سليما ن وجنوده وهم لا يشعرون   
  

No comments:

Post a Comment