Monday, 27 June 2011

الرجا ل قوا مون على النسأ


                          

Wanita diumpamakan seperti sekuntum “bunga”  manakala lelaki pula  adalah seperti” sepohon pokok yang besar dan kuat”.

Sebagaimana sifat bunga yang tidak tahan kepada cuaca panas dan sejuk  serta angin yang kuat,begitu jugalah wanita yang tidak mempunyai kekuatan untuk memikul tanggungjawab yang besar  dengan pelbagai kerenah manusia di dalam masyarakat.

Islam telah menetapkan urusan pentadbiran rumah tangga dan tugasan-tugasan yang berat berada di bahu kaum lelaki  kerana itu adalah tanggungjawab bagi lelaki dan urusan-urusan yang berkaitan dengan  dalam rumah berada di bawah tanggungjawab isteri kerana itu adalah tanggungjawab   isteri dan  bukanlah…… mahu  mengutamakan kaum lelaki dari kaum wanita.

Maka jika tidak ada salah satu dari  lelaki  atau wanita maka  akan pincanglah urusan keluarga  dan akan  membawa kepada kepincangan masyarakat.


Allah Taala Berfirman “   الرجا ل قوا مون على النسأ بما فضل الله بعضهم على بعض “-Surah An-nisa’(34)
 Lelaki menjadi pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain.
Ayat ini memberi maksud lelaki mempunyai “kelebihan aqal” dari wanita  tetapi bukanlah kelebihan dari segi kewujudan sebagai manusia,manakala wanita pula mempunyai “kelebihan kasih sayang ” daripada kaum lelaki
Ayat diatas  bukanlah mahu menceritakan kelebihan lelaki daripada wanita atau merendahkan kedudukan wanita, lelaki dan wanita masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri yangmana dengan keistimewaan inilah boleh menjadikan mereka berpasangan.

Lelaki mempunyai “kelebihan aqal” dan wanita mempunyai kelebihan “kasih sayang”atau mempunyai emosi yang lebih dari kaum lelaki.
Perbezaan ini  bukanlah menimbulkan kemudharatan pada mana-mana pihak  tetapi  adalah salah satu daripada tanda-tanda  kebesaran Allah dan juga menjadi punca ketenteraman,kasih sayang dan rahmat di antara pasangan lelaki dan wanita.

ومن آ يا ته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكننوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان فى ذلك لايا ت لقوم يتفكرون

Dan diantara tanda-tandanya  ialah Dia(Allah) mencipta pasangan untukmu dari  dirimu(bangsamu) supaya kamu bersenang-senang dengannya dan Dia(Allah) mengadakan diantara kamu kasih sayang dan rahmat,sesungguhnya demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berfikir-(Surah Rum-21).

Ada yang mengatakan Allah Taala telah mencipta wanita dengan “kekurangan aqal fikiran”  bahkan dibegara-negara barat juga telah meletakan wanita dari kelompok yang kurang aqal.
Wanita sebenarnya bukanlah di cipta dengan “kurang aqal”  tetapi disebabkan wanita sifatnya yang penuh dengan “kasih sayang” maka mereka tidak dapat mengimbangkan banyak perkara dan disebabkan hal ini didalam Islam wanita ditegah daripada mengambil tanggungjawap  yang  tidak boleh melibatkan perasaaan belas kasihan  dan emosi  contohnya didalam bidang kehakiman,pemerintahan dan jihad.
Keistimewaan inilah yang menjadikan wanita tempat untuk mencari ketenteraman dan tempat untuk menghilangkan kegelisahan dan kegusaran juga untuk meluahkan perasaan dan isihati

Islam telah memberi keutamaan kepada lelaki kerana peranan dan tanggungjawab  yang dipikul oleh mereka….

……tetapi pada hakikat wanita dan lelaki mestilah berganding bahu dan bekerjasama didalam usaha untuk membina kehidupan didunia ini malah juga bagi kehidupan diakhirat… .






TIPS HARIAN

 SOLAT  BAGI MEMBUKA PINTU REZEKI

Telah diriwayatkan oleh rasulullah saw  bagi mereka yang mahu membuka pintu rezeki solatlah dua rakaat.
Rakaat pertama bacalah Alfatihah  1 kali dan surah Al-kausar  dan Al-Ikhlas 3 kali.
Rakaat kedua bacalah Alfatihah 1 kali dan Al-falaq dan An-nas 3 kali.

No comments:

Post a Comment