Monday, 30 May 2011

WANITA PADA PANDANGAN NABI MUHAMMAD(SAW)&PARA MAKSUMIN(AS)


بسم الله الرحمن الرحيم                                                           


1.      Rasulullah(saw) bersabda:Sebaik-baik anak bagi kamu adalah anak perempuan.
2.      Rasulullah(saw) bersabda:Orang yang paling baik dikalangan kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada wanita dan anak-anak perempuan mereka.
3.      Imam Jaafar Sadiq(as) berkata:Jika seorang suami  menyakiti isterinya,Allah Taala tidak akan mengkabulkan solatnya dan Allah Taala tidak akan memberi ganjaran diatas kebaikan dan amalannya  yang dilakukan dan mereka adalah orang yang pertama akan memasuki neraka.
4.      Rasulullah(saw) bersabda:Orang yang paling baik dikalangan kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya dan aku aku adalah orang yang paling baik dengan ahli keluargaku,hanya manusia yang mulia dan budiman sahaja yang menghormati para wanita  dan manusia yang hina sahaja yang menyakiti para wanita.

5.      Rasulullah(saw) bersabda:Sesiapa yang menjaga dan membesarkan tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan maka syurga wajib baginya.Telah ditanya wahai rasulullah adakah dengan menjaga dan membesarkan dua orang anak perempuan dan dua orang saudara perempuan juga mendapat ganjaran syurga tersebut?rasulullah menjawab:ya dan telah ditanya lagi wahai rasulullah jika menjaga seorang sahaja anak perempuan adakah ganjarannya sama?rasul menjawab: ya.
Pahala dan ganjaran ini akan ada pada mereka yang  mendidikan anak perempuan  mereka dengan kesopanan dan kemulian dan barangsiapa yang tidak mendidik anak perempuan mereka dengan sifat tersebut  malahan mendidik mereka kearah kefasikan dan kejahatan  maka akan mendapat laknat dan azab dari Allah Taala kepada diri mereka dan ibubapa mereka.



Menu hari ini
NASI dari TIMUR TENGAH
Bahan-bahan
4 cawan beras basmati
Sedikit garam
Saffran
Mentega/planta
3 biji kentang(buang kulit dan potang bulat)
Cara-cara membuatnya
Rendam beras  selama 1 jam,kemudian toskan,masukkan air kedalam periuk dan didihkan kemudian masukkan beras yang telah ditos tadi dan masak beras hingga separuh masak,angkat  beras dan toskan.Masukkan ubi kentang yang telah dipotong tadi kedalam periuk (atur kentang dibahagian bawah periuk )letak sedikit planta/mentega kemudian masukkan nasi yang separuh masak tadi kedalam periuk dan tutup selama lebih kurang 15 minit hingga 20 minit dengan api yang sangat kecil,setelah itu buka periuk dan gaulkan nasi dengan 2 sudu planta/mentega tutup dan akhir sekali masukkan air saffran kedalam nasi , tutup dan biarkan seketika hingga nasi benar-benar masak.Setelah masak boleh dihidangkan .Selamat mencuba……….



             

No comments:

Post a Comment