Srikandi karbala adalah gelaran yang sinonim dengan puterinya Imam Ali(as) dan Fatimah Azzahra(as) Sayyidah Zainab (as).Kisah duka yang menimpa keluarga nabi di bumi Karbala tidak mungkin sampai kepada masyarakat umum jika tidak kerana wanita ini.Kisah keberanian Sayyidah Zainab(as) terlipat kemas didalam lipatan sejarah tidak ada siapa pun yang bisa menidakkannya.Tanpa Zainab(as) misi dan perjuangan kekandanya Imam Husain tidak akan sampai kepada matlamat yang sebenar aitu bagi mengekalkan dan menegakkan agama Islam yang dibawa oleh datuknya Muhammad(saw).
Sesungguhnya kita amat terhutang budi dengan pengobanan dan jasanya wanita suci ini.
Kisah duka dipadang Karbala tidak terhenti dengan syahidnya Imam Husain(as) malah kisah ini diteruskan dengan kedukaan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga nabi(saw) .Keluarga suci Nabi Muhammad(saw) telah diheret dan dijadikan tawanan dan diarak kekota-kota dengan penuh kehinaan,inikah balasan umat diatas pengorbanan yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad(saw)……….Sesungguh mereka daripada golongan yang melampau…….bakti dan jasa nabi menyelamatkan umat dari kezaliman dan kegelapan dengan membawa Nur Islam dibalas dengan penyembelihan dan penawanan keluarga baginda dengan penuh penghinaan,manusiakah mereka yang melakukan perkara ini…….
Sayyidah Zainab(as) memiliki sifat-sifat kesempurnaan sebagaimana kekandanya Husain(as).Didalam dirinya ada sifat yakin,sabar,redha,penyerahan diri secara mutlak kepada Allah dan……..
Sifat lain yang ada pada diri wanita mulia ini ialah sifat ‘berani’ yangmana sifat ini sepatutnya dimiliki oleh semua orang yang beriman.
Sifat berani sebenarnya adalah lahir dari dalam hati aitu berani bila berhadapan dengan musuh-musuh dan tidak ada rasa gentar walaupun sedikit Jika diukuran keberanian dari segi fizikalnya adalah yang mempunyai badan yang kuat,seperti singa yang dikatakan sebagai haiwan yang paling kuat, Siraja rimba tetapi berani yang merupakan sifat kesempurnaan bagi manusia bukanlah berani seperti haiwan tetapi beraninya orang mukmin adalah hasil atau kesan dari ikatan dan hubungan yang kuat dengan penciptanya,khaliqnya Allah Subhanahuwataala inilah berani yang sebenarnya.
Apabila seorang mukmin mempunyai ikatan yang kukuh dengan tuhannya tiada sesiapa pun yang dapat menakutkannya.
“Mereka yang takut kepada Allah tidak akan takut pada sesiapapun tetapi mereka yang tidak takut kepada Allah akan takut kepada orang lain atau apa yang disekelilinganya.”
Berani yang ada pada Sayyidah Zainab(as) adalah hasil dari ketaatan dan hubungan yang erat beliau dengan tuhannya.
Telah diriwayatkan oleh Imam Sajjad(as):
Mak cik ku Zainab tidak pernah meninggalkan solat tahajjudnya,suatu malam aku melihat mak cik ku solat tahajjud didalam keadaan duduk bukan berdiri aku bertanya”wahai mak cik ku kenapa mak cik solat sambil duduk?Mak cik ku Zainab menjawab “ malam ini adalah malam yang ketiga kita berada di Karbala makanan hanya tinggal sedikit sahaja,setelah dibahagi-bahagikan pada anak-anak kecil masih ada yang lapar jadi aku memberi bahagian makanan ku untuk mereka,jadi aku tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri kerana tidak makan beberapa hari oleh sebab itu aku solat didalam keadaan duduk.
Yazid dan Ibnu Ziyyad telah gerun ,kecut dan takut dengan kata-kata dan pidato yang diucapkan oleh Sayyidah Zainab .Kekuatan Sayyidah Zainab(as) bukanlah pada luaran walaupun pada pandangan fizikalnya Sayyidah Zainab(as) hanya seorang wanita yang lemah dan menjadi tawanan dan didalam keadaan lapar dan dahaga,tetapi dengan kata-katanya yang berani telah menyebabkan yazid ketakutan dan akhirnya jatuhlah kerajaan dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyah.
TIPS HARIAN
Amalkan membaca “ YA WADUD sebanyak 1001 kali untuk menyelesaikan pertelingkahan suami isteri.Insyaallah.
No comments:
Post a Comment