Kisah ini dipetik daripada buku “Bingkisan Alam Lahut”
Almarhum Haji Mulla Aghajan Zanjani seorang ulamak terkenal telah menceritakan bahawa beliau telah pergi menziarahi maqam Husain(as) di Karbala.Didalam perjalanan beliau telah melalui sebuah kebun,seorang Arab desa yang lanjut usia sedang sibuk mengairi kebun tersebut menegurnya”Anda siapa dan apa yang anda lakukan disini?Almarhum Haji Aghajan Zanjani menjawab”saya adalah pencintanya Imam Husain bin Ali(as) dan saya dalam perjalanan untuk menziarahi maqamanya”.
Mendengar jawaban tersebut,orang Arab desa itu mengambil cangkulnya dan berkata”Kamu telah membuat pengakuan yang besar dan kamu harus membuktikanya kalau kamu benar-benar seorang pencinta!
Almarhum Haji Aghajan bertanya :”bagaimanakah caranya?”
Orang Arab desa itu menjawab”sesungguh tidak ada jarak dan penghalang diantara ‘asyik(pencinta) dan ma’syuq(yang dicintai).Cuba kamu ucapkan salam kepada kekasih mu(Imam Husain) dari tempat kamu berdiri,jika dia(Imam Husain as) menjawab salam kamu maka selesailah… namun jika dia(Imam Husain as) tidak menjawab salam kamu maka saya akan mengajarmu dengan cangkul ini”
Almarhum Haji Aghajan berfikir sejenak dan menguji lelaki arab tersebut dengan berkata”adakah anda juga bersedia untuk memberi salam kepada Imam Husain(as) sebelum saya memberi salam?
Lelaki Arab tersebut menjawab:’”saya akan mengucapkan salam,mudah-mudahan saja Imam menjawab salam saya”
Setelah bertayammum,lelaki arab tadi berdiri mengadap kiblat dan berkata “Assalamu ‘alaika ya Aba Abdillah(salam sejahtera keatasmu wahai Aba Abdillah)”.
Tiba-tiba Haji Mulla Aghajan mendengar jawapan salam Imam bagi lelaki arab tersebut dari empat penjuru,lalu dia pengsan.
Lelaki arab itu membangunkan Haji Mulla Aghajan dari pengsannya sambil berkata”sekarang giliran kamu ,bangun dan buktikan bahawa anda seorang pencinta”
Dengan tangan dan kaki yang gementar Haji Mulla Aghajan pergi berwudhuk dan dia mengucapkan salam ‘Assalamu alaika ya Aba Abdillah bi Abi wa Ummi ya Mawlay”(salam sejahtera keatas mu wahai Aba Abdillah,demi ayah dan ibuku)”.
Haji Mulla Aghajan menceritakan dia tidak mendengar jawapan salam Imam untuknya.
Lelaki arab itu melihat kesedihan pada wajah Haji Mulla Aghajan lalu berkata “Imam menjawab salam kamu tetapi sangat perlahan.Seseorang ketika hendak datang menziarahi Imam ,seharusnya benar-benar menjaga sopan santunnya dan memberi salam kepadanya dengan penuh tawadhuk dan penghormatan,bukan dengan pengakuan.
TEKA -TEKI AL-QURAN
SOALAN
1.Wanita manakah yang diturunkan makanan oleh Allah ketika sedang beliau beribadat di mihrab?
2.Namakan dua wanita contoh didalam Al-Quran?
3.Dua wanita yang dipanggil dengan panggilan yang buruk dan hina didalam Al-quran?
4.Surah manakah yang yang bermaksud seorang wanita dan surah manakah yang membawa maksud wanita-wanita?
5.Nyatkan nama tiga orang nabi yang telah mengenal tuhan semenjak kecil lagi?
6.Siapakah wanita yang lahir kedunia tanpa ayah dan ibu?
7.Surah yang bermaksud ‘Wanita yang telah diuji”nyatakan nama surah tersebut?
8.Siapakah nama bayi yang boleh berkata-kata-kata di dalam buaian?
9.Siapakah lelaki yang ditolak oleh saudaranya kedalam perigi?
10.Siapakah lelaki yang mengingkari perintah ayahnya dan telah tenggelam dan mati lemas?
JAWAPAN
1.Maryam(ibu nabi Isa)
2.Asiah(isteri Firaun) dan Maryam(ibu nabi Isa)
3.Isteri nabi Nuh(as) dan isteri nabi Luth(as)
4.Surah Maryam-nama seorang wanita dan surah An-nisa’-wanita-wanita.
5.Nabi Isa(as),nabi Ibrahim(as) dan nabi Muhammad(saw)
6.Hawa(isteri nabi Adam)
7.Surah Al-Mumtahanah
8.Nabi Isa (as)
9.Nabi Yussuf(as)
10.Anak nabi Nuh(as)
No comments:
Post a Comment