Monday, 13 June 2011

JIHAD WANITA



قال امير المؤمنين الا ما م على (ع) : جها د المرا ة حسن التبعل                                                                

Imam Ali (as) berkata:Jihad bagi wanita ialah menguruskankan suami dan keluarganya dengan baik.

Asma’ seorang  wanita ansar telah pergi berjumpa dengan rasulullah(saw),ketika  itu rasulullah   sedang bersama-sama para sahabat baginda.Asma’ berkata:Aku adalah utusan daripada para wanita, ketahuilah bahawa apa yang aku akan persoal kan kepada rasulullah nanti adalah persoalan yang ada difikiran para wanita ditimur dan barat,Sesungguhnya wahai rasulullah tuan adalah utusan Allah  yang diutuskan kepada kaum lelaki dan wanita,kami para wanita telah beriman dengan agama yang dibawa oleh mu yangmana kami para wanita  terbatas didalam pergaulan dan hanya berada dirumah menguruskan urusan-urusan rumahtangga(keperluan suami dan anak-anak) sahaja sedangkan para lelaki boleh keluar untuk solat jumaat dan solat berjamaah,menziarahi orang sakit dan hadir ketika upacara pengebumian jenazah juga mengerjakan haji dan lebih istimewa kaum lelaki dapat berjihad pada jalan Allah.Jika salah serang dari kamu pergi menunaikan haji atau umrah atau pergi kemedan  perang ,kamilah para wanita yang menjaga harta-harta kamu,menguruskan pakaian-pakaian kamu dan menjaga juga mendidik anak-anak kamu,wahai rasulullah apakah persamaan kami kaum wanita dengan kaum lelaki dari segi ganjaran pahala?
Rasulullah dengan dengan wajah yang tersenyum memandang para sahabat dan bersabda:Adakah kamu pernah mendengar soalan yang sebaik ini yang di tanya oleh wanita ini didalam urusan  agama?Para sahabat menjawab:wahai rasulullah kami tidak menyangka wanita mempunyai soalan sebegini.
Kemudian rasulullah berpaling kepada wanita tersebut dan bersabda:Wahai Asma'! Kembalilah kepada kaum wanita dan khabarkan kepada mereka,barangsiapa yang berkelakuan baik dengan suami mereka  dan sentiasa memburu keredhaan suaminya  maka  mereka mendapat ganjaran pahala yang berganda-ganda daripada ganjaran yang didapati oleh kaum lelaki.
Wanita tersebut kembali didalam keadaan yang sangat gembira dengan melafazkan  takbir dibibirnya.
Dengan penjelasan yang telah diberikan oleh rasulullah(saw) dan para maksumin(as) jelas menunjukkan bahawa betapa mulianya peranan dan tugas wanita didalam keluarga,jika dibandingkan dengan fahaman atau agama yang lain kita akan dapati bahawa satu-satunya agama yang memberi ketstimewaan dan menaikkan sahsiah wanita adalah agama Islam dan sesungguhnya kita patut berbangga menjadi pengikut agama Ilahi ini.
Allah Taala telah memberi ganjaran dan pahala yang besar kepada wanita(isteri) yang menguruskan  kerja rumah,ini adalah kerana kebaikan dan kerosakannya masyarakat dan negara adalah bergantung kepada kebaikan dan kerosakannya keluarga,jika hubungan kekeluargaan  dijaga dengan baik,dengan kasih sayang dan kecerian sudah pastilah keluarga tersebut akan terpelihara daripada kekusutan dan permasalahan  dan anak-anak yang membesar didalam keluarga sebeginilah anak-anak yang sihat rohani dan jasmani.
Statistik menunjukkan bahwa dinegara-negara barat dan bukan Islam,kadar  penceraian semakin tinggi dari hari ke hari, kadar jenayah,kerosakan didalam masyarakat juga semakin  menjadi-jadi  malah kes-kes ini telah menular kenegara-negara Islam pula ini adalah kerana telah hilangnya  dan longgarnya kasih sayang dan ikatan didalam keluarga,wanitalah yang  sepatutnya memainkan  peranan disini didalam  membina dan memperbaiki masyarakat dan sesungguhnya  peranan ini bermulanya dari  rumah.
Jika mahukan masyarakat didalam keadaan selamat ,aman dan terpelihara mestilah dibina  dan ditarbiyyah anggota-anggota masyarakat kecil dahulu aitu  ahli keluarga.
Almarhum Imam Khomaini(ra) berkata:Tugas para ibu adalah seumpama tugas para Anbiya’.







TIPS HARIAN

Abu Hamzah datang bejumpa dengan Imam Muhammad Baqir(as) dan mengadu sakit lutut.Imam Muhammad Baqir berkata  bacalah doa ini setiap kali selepas solat
“Ya ajwada man a’tho wa ya khaira man suela wa ya arhama manis turhima irham dha’fi wa qillata hilati wa a’fini min wajae’ “





No comments:

Post a Comment