Tuesday, 7 June 2011

WAHAI WANITA INILAH SIFAT TERPUJI BAGI MU……..



Imam Ali(as) berkata:Sebaik-baik sifat bagi wanita adalah seburuk-buruk sifat bagi lelaki,sifat tersebut ialah:


·         Sombong                                               
·         Bakhil
·         Takut
Maksud sombongnya wanita adalah bila mereka  berhadapan dengan lelaki yang bukan mahram,jangan mudah tunduk pada lelaki  bukan mahram.Islam telah meletakkan sempadan diantara hubungan lelaki dan wanita,wanita dan lelaki yang bukan mahram hanya dibenarkan berurusan dan bercakap pada perkara yang melibatkan pekerjaan atau perkara-perkara yang penting sahaja selain dari itu Islam melarang keras hubungan antara wanita dan lelaki yang bukan mahram,apa yang telah ditetapkan didalam syariat ini adalah untuk menjaga maruah dan kehormatan wanita kerana wanita didalam Islam mempunyai kedudukan yang istimewa yang mesti dipelihara dan dijaga.Seorang wanita Islam janganlah membiarkan diri dipergunakan oleh lelaki yang bukan mahram,segala kata-kata,kelakuan dan gerak laku wanita dihadapan lelaki  yang bukan mahram hendaklah dijaga dengan teliti……janganlah pula disebabkan tuturkata dan kelembutan kata seorang wanita telah disalah anggapkan oleh pihak lelaki bukan mahram malah yang lebih teruk jika perbuatan dan tutur kata lembut  serta senyuman seorang wanita boleh menyebabkan lelaki bukan mahram terbuka syahwatnya.... oleh itu berhati-hatilah…….
Wahai wanita muslim jagalah tutupan anda supaya anda terpelihara dari jelingan-jelingan dan mata-mata yang liar,tutupan  adalah maruah mu.Ingat! boleh berurusan dengan lelaki yang bukan mahram tetapi ada batasannya……..

Bakhil yang sepatutnya ada pada diri wanita Islam  didalam menjaga harta benda dirinya dan suaminya.Sifat bakhil ini bukanlah bakhil didalam menyumbangkan harta pada jalan Allah ataupun bersedekah pada faqir miskin tetapi bakhil didalam memelihara harta yang diamanahkan keatasnya oleh suaminya untuk menjaganya dan tidak menghabiskan atau membazirkan  pada jalan-jalan yang tidak berfaedah atau menggunakan tanpa keizinan suami.

Wanita perlu ada sifat takut….janganlah terlalu berani  keluar seorang diri dimalam hari ….pelbagai kemungkinan akan berlaku diluar sana jika seorang wanita bersendirian oleh itu janganlah memberanikan diri ketempat-tempat yang berbahaya atau tempat-tempat yang boleh mendatangkan mudharat  seorang diri terutama diwaktu malam tetapi jika seorang wanita berhadapan dengan orang-orang yang zalim dan kebathilan mereka mestilah mempamerkan sifat berani dan cekal dihadapan musuh.

Imam Jaafar Sadiq(as) berkata:Wanita yang solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.Wanita yang berkhidmat pada suaminya selama tujuh hari maka Allah Taala akan menutup tujuh pintu-pintu neraka baginya dan membuka lapan pintu-pintu syurga baginya dan boleh memasuki nya dari mana-mana pintu sekali pun.

Didalam kitab Wasail telah ditulis:Mana-mana wanita yang memberi minum kepada suaminya,perbuatan ini dikira sebagai ibadah selama setahun bagi waniata tersebut(ibadah  berpuasa disiang hari dan beribadah dimalam hari) dan Allah Taala akan membina bandar baginya didalam syurga dan enam puluh dari dosa dan kesilapanya akan diampunkan sebagai ganjaran pada setiap tegukan minuman  yang diberi pada suaminya.





TIPS /PANDUAN HARIAN

Imam Ali Redha(as) berkata:Jika anjing menyalak keatas  kamu bacalah ayat 33 daripada surah Ar-Rahman.
يا معشر الجن والانس ان استطعتم ان تنفذوا من اقطا ر السموات والارض فانفذوا لا تنفذون الا بسلطا ن





No comments:

Post a Comment