Wanita didalam agama Islam mempunyai kedudukan dan hak yang tersendiri.Diantara hak-hak yang telah diberikan kepada wanita didalam Islam ialah:
1-Mahar wanita
Allah Talla berfirma didalam surah An-Nisa’(ayat4) yang bermaksud:Berilah kepada wanita mahar sebagai hadiah kepada mereka yangmana mahar tersebut adalah milik wanita tersebut bukannya milik ayah dan saudara lelaki mereka.
Agama Islam begitu memberi perhatian kepada permasalahan mahar wanita sehinggakan Allah Taala berfirman didalam surah al-Baqarah(ayat 237) yang bermaksud:Jika seorang lelaki telah aqad dengan seorang wanita dan mahu berpisah(bercerai) sebelum mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan melakukan hubungan kelamin maka hendaklah lelaki memberi separuh daripada mahar kepada wanita tersebut(walaupun didalam Islam talaq adalah perkara yang tidak disukai oleh Allah Taala).
Rasulullah bersabda:Barangsiapa yang menzalimi wanita didalam pemberian mahar atau tidak memberi mahar atau menyakiti wanita,lelaki ini disisi Allah dikira sebagai seorang penzina…..
2.Nafkah wanita
Islam telah mewajibkan bagi lelaki(suami) untuk memberi nafkah kepada isterinya.Nafkah yang mesti diberi adalah berdasarkan keperluan isteri termasuklah pakaian,makanan,tempat tinggal berserta peralatan yang diperlukan didalam rumah dan jika menjadi keperluan bagi isteri kepada pembantu(orang gaji) maka hendaklah suami menyediakan keperluan tersebut.
Kadar keperluan adalah bergantung kepada keperluan yang biasa digunakan oleh masyarakat setempat dan ini menjadi kewajipan bagi suami dan kewajipan ini tidak terhenti walaupun isterinya seorang jutawan atau mempunyai harta yang banyak,suami tetap juga wajib memberi nafkah dari pihak diri untuk isterinya.
Salah seorang sahabat bernama Muhammad bin Muslim bertanya kepada Imam Jaafar Sadiq(as):nafkah siapakah yang menjadi kewajipan bagi seorang lelaki?Imam Sadiq(as) menjawab:nafkah ayah ibu,anak-anak dan isteri.
3-Harta pusaka
Islam juga telah menetapkan pembahagian harta pusaka bagi wanita aitu jika :
· waris terdiri dari seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, pembahagian pusaka adalah anak perempuan mendapat harta separuh harta daripada anak lelaki.
· Adakala wanita-anak perempuan mendapat pembahagian lebih daripada separuh,contohnya bila mayat hanya meninggalkan waris yang terdiri dari ayah dan ibu dan seorang anak perempuan,pembahagian disini ialah 1/4 bahagian milik ayah dan ibu manakala 3/4 adalah milik anak perempuan simati.
· Anak perempuan juga ada ketikanya mendapat semua bahagian harta pusaka jika warisnya hanya seorang anak perempuan.
· Isteri yang tidak mempunyai anak daripada suaminya berhak mendapat pembahagian 1/4 daripada harta pusaka suami dan jika mempunyai anak wanita tersebut mendapat 1/8.
· Seorang ibu juga berhak mendapat 1/6 daripada harta anaknya dan adakala lebih daripada itu.
Apa yang penting disini ialah agama Islam telah meletakkan pembahagian yang khusus bagi kaum wanita jika dia seorang anak perempuan ada pembahagian dari harta ayahnya dan jika dia seorang ibu ada bahagiannya daripada harta pusaka anaknya dan jika dia seorang isteri maka ada juga pembahagian dan haknya dari harta suaminya.
Telah ditanya kepada Imam JaafarSadiq(as):kenapa wanita mendapat separuh daripada lelaki didalam pembahagian harta pusaka?jawab Imam(as):kerana bagi wanita tidak diwajibkan jihad,memberi nafkah ,keperluan kehidupan dan juga ‘diah’.
4-Hak didalam susuan anak.
Allah Taala berfirma didalam surah At-Talaq(ayat 6) yang bermaksud:jika isteri-isteri kamu memberi susu kepada anak-anak kamu hendaklah kamu memberi upah baginya.
Pemberian upah disini menunjukkan bahawa Allah Taala telah memuliakan para wanita dan tidak mengenepikan hak mereka,menjadi tanggungjawab suami atau bapa untuk memberi upah diatas susu yang diberi pada anaknya jika bapa tidak mampu boleh diminta dari datuknya atau jika anak tersebut memiliki harta yang banyak, Islam memberi keizinan bagi ibu untuk mengambil upah susuan dari harta anaknya.
4-Wanita setelah kematian suami
Satu ketika dinegara seperti India,jika suami seorang wanita meninggal dunia wanita tersebut akan dibakar hidup-hidup bersama mayat suaminya ataupun wanita dijadikan sebahagian daripada harta pusaka yang boleh dibahagikan kepada ahli keluarga mengikut pembahagian harta pusaka.
Didalam Islam bagi memuliakan wanita yang kematian suami ,diwajibka bagi mereka menjaga iddah wafat selama 4 bulan 10 hari kemudian barulah boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Semasa didalam iddah wafat wanita tersebut dilarang daripada berhias(memakai celak,minyak wangi,memakai inai)juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang menarik perhatian orang ramai atau memakai pakaian yang berwarna terlalu terang tetapi keluar rumah untuk membeli keperluan atau ketempat-tempat yang menjadi keperluan tidaklah menjadi masalah seperti menziarahi kaum keluarga khususnya ayah dan ibu atau menunaikan haji ke Baitullah.
Rasulullah saw bersabda:Tiga golongan pada hari kiamat berada dibawah lindungan arasy Allah Taala:
1. Mereka yang sentiasa menjalinkan silaturrahim-amalan silaturrahim ini memanjangkan umur dan membanyakkan rezeki.
2. Wanita yang kematian suami dan mempunyai anak yang masih kecil dan berkata ‘aku tidak akan berkahwin lain sehinggalah aku mati atau Allah Taala memberi kekayaan kepada anakku’.
3. Mereka yang memasak makanan dan menjamu makanan kepada tetamu kemudian menjemput anak-anak yatim dan faqir miskin menikmati makanan tersebut dan apa yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Taala.
.
Petikan kata-kata Imam Khomeini(ra) tentang hak-hak wanita
Islam mempunyai pandangan yang khusus terhadap wanita.Islam pertama muncul di Jazirah Arab dimana wanita pada masa itu seperti barang dagangan dan mempunyai perbezaan status yang jauh dari kaum lelaki,Agama Islam datang untuk menghapuskan itu semua dan Islam datang untuk ‘MENYAMAKAN “ haq mereka dengan lelaki.Wanita dan lelaki memiliki hak yang sama dalam menentukan masa depannya dan kami ingin wanita sampai pada kedudukan yang tinggi dan para wanita harus mampu untuk sampai ketahap tersebut.
No comments:
Post a Comment