Wednesday, 29 June 2011

HAYATILAH DUA KISAH INI

                                                        Maqam Nabi Muhammad(saw)

Kisah yang pertama

Salah seorang daripada sahabat nabi Muhammad(saw)  telah jatuh faqir,isterinya memberi nasihat supaya berjumpa dengan nabi Muhammad(saw) untuk meminta pertolongan dan bantuan.
Sebelum lelaki tersebut menyatakan hajatnya rasulullah(saw) telah bersabda:”barangsiapa yang meminta pertolongan dengan ku nescaya aku akan membantunya tetapi  barangsiapa yang berusaha nescaya Allah akan mencukupkan baginya”.

Lelaki tersebut berkata didalam hatinya "maksud kata-kata nabi (saw) ini bukanlah aku,"kemudian dia kembali kerumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada isterinya.
Keesokan harinya lelaki tersebut datang kembali berjumpa dengan nabi Muhammad(saw) dengan niat yang sama aitu mahu meminta bantuan dan pertolongan .

Nabi Muhammad (saw) telah mengucapkan kata-kata yang sama ,lantas lelaki tersebut pulang kerumah.

Keesokkan hari pun berlaku perkara yang sama dan nabi Muhammad (saw) juga memberi ucapan yang sama.Lelaki tersebut  akhirnya mendapat kunci bagaimana mahu menyelesaikan masalahnya melalui  kata-kata  nabi (saw).

Lelaki tersebut mengambil keputusan untuk pergi ke padang pasir bagi mencari  dan mengumpul kayu api dan menjualnya  dipasar.

Dia  meminjam sebilah kapak dan pergi mencari kayu api ,banyak kayu api yang dapat dikumpulkan kemudian lelaki tersebut pulang dan menjualnya di pasar.

Hari seterusnya dia melakukan perkara yang sama sehinggalah dia dapat membeli kapak sendiri dan juga haiwan peliharaan bahkan juga dapat membeli segala keperluan kehidupan dan akhirnya telah menjadi seorang saudagar yang kaya raya.

Pada suatu hari lelaki tersebut telah pergi berjumpa nabi Muhammad (saw) dan menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya.
Rasulullah menjawab:"Tidakkah aku pernah berkata :”barangsiapa yang meminta pertolongan dari ku nescaya aku akan membantunya tetapi barangsiapa yang berusaha nescaya Allah akan mencukupkan baginya”(Usul Kafi jilid 2 m/s 112).  

Kisah Kedua

Seorang lelaki telah datang berjumpa nabi Muhammad(saw) dan berkata:”Ya rasulullah aku telah dua hari kelaparan”.Rasulullah menjawab:”kamu pergilah ke pasar dan carilah pekerjaan disana”.

Hari seterusnya lelaki tersebut datang lagi berjumpa nabi(saw) dan berkata:Ya rasulullah aku telah pergi ke pasar  semalam tetapi aku tidak mendapat apa-apa pekerjaan dan aku pulang  dan tidur dengan perut yang kosong”.

Rasulullah sekali lagi mengarahkan lelaki tersebut ke pasar.Akhirnya pada hari yang ketiga barulah lelaki itu pergi ke pasar dan pada hari tersebut sebuah rombongan pedagang telah memasuki  pasar dan lelaki tadi telah bekerja dengan rombongan  tersebut didalam urusan jual beli dan dia mendapat ganjaran dan upah dari hasil kerjanya.

Keesokan hari lelaki itu datang berjumpa nabi Muhammad(saw) dan berkata:’Aku telah ke pasar tapi tidak mendapat apa-apa pekerjaan”

Nabi Muhammad (saw) bersabda:”Tidakkah rombongan pedagang telah memberi kamu upah?”
Lelaki itu menjawab:”tidak” rasulullah bersabda:”ada! mereka telah membayar upah kepada kamu”,kemudian lelaki itu menjawab:”ya memang betul   kata-kata mu wahai rasul”.Rasulullah bertanya:”habis kenapa kamu berbohong?lelaki itu menjawab:”aku cuma mahu pastikan adakah  engkau tahu tentang apa yang telah berlaku?dan aku mahu  tambah apa aku telah dapat dengan meminta dari mu”.

Rasulullah (saw) bersabda:’Barangsiapa yang berusaha maka Allah akan cukupkan baginya dan barangsiapa yang  sekali meminta Allah akan membuka 70 pintu kefakiran yang tidak boleh ditutup selamanya baginya.

Kemudian rasulullah bersabda: “Haram memberi sedekah kepada mereka yang tidak memerlukan juga kepada mereka yang mempunyai kesihatan yang baik dan berkemampuan untuk mencari rezeki”(Biharul Anwar jilid  18 m/s 115).

No comments:

Post a Comment