1)Rasulullah saw bersabda :Pada malam aku bermikraj ke langit ,aku telah sampai ke langit dunia(pertama),aku melalui sebuah istana yang diperbuat daripada “mutiara merah”
lantas aku bertanya kepada malaikat Jibrail:wahai jibrail milik siapakah istana yang indah ini?
Jibrail menjawab:milik mereka yang setiap hari selepas solat subuh membaca 40 kali zikir ini:
يا با سط اليدين بالرحمة ارحمنى ( Ya Basithal Yadaini Birrahmahmati Irhamni) –Biharul Anwar jld 86 m/s 52
2)Ketika aku sampai ke langit yang kedua aku melihat sebuah istana yang mempunyai 70 pintu aku bertanya kepada malaikat Jibrail:wahai Jibrail Siapakah pemilik istana ini?
Jibrail menjawab: Milik mereka yang setiap kali selepas solat zohor membaca 70 kali zikir ini
يا وا سع المغفرة اغفرلى (Ya Waasial Maghfirah Ighfirli) –Biharul Anwar jilid 86 m/s 53
3)Ketika aku sampai kelangit yang ketiga,aku melihat lagi sebuah istana berada terapung di udara.Aku bertanya kepada Jibrail:Siapakah pemilik istana ini? Jibrail menjawab Istana ini milik mereka yang setiap kali selepas solat asar membaca zikir ini sebanyak 17 kali
لا اله الا الله قبل كل احد, لا اله الاالله بعد كل احد, لااله الا الله يغنى ربنا ويفنى كل احد
(Lailaha illallah Qabla kulli ahadin,Lailaha illallahu Ba’da kulli Ahadin,Lailahaillallahu Yaghna Rabbuna wa Yafna kullu ahadin.)- Biharul Anwar jilid 86 m/s 53
4)Ketika aku sampai kelangit yang keempat aku melihat pula sebuah istana yang diperbuat daripada mutiara yangmana tingkat atasnya diperbuat daripada “batu zamrud”
Aku bertanya kepada Jibrail:Siapakah pemilik istana ini?
Jibrail menjawab: Istana ini milik mereka yang setiap kali selesai solat Maghrib membaca zikir ini sebanyak 40 kali:
سبحا ن الملك القدوس, سبحا ن رب الملا ئكة والروح
(Subhaanal Malikul Quddus,Subhaana Rabbul Malaikati Warruh) – Biharul Anwar jilid 93 m/s 184.
5)Ketika aku sampai ke langit yang kelima aku melihat sebuah istana yang berwarna ungu
Aku bertanya lagi kepada Jibrail:Siapakah pemilik istana ini?
Jibrail menjawabPemiliknya ialah mereka yang selepas solat Isyak membaca zikir ini sebanyak 70 kali
يا عا لم خفيتى اغفرلى خطيئتى (Ya Aalima Khafiyyati Ighfirli Khathiati) –Biharul Anwar jilid 86 m/s 53.
6)Aku telah sampai ke langit yang keenam dan aku melihat pula sebuah istana yang besar dan putih;Aku bertanya lagi kepada malaikat Jibrail:wahai Jibrail Istana ini milik siapa?
malaikat Jibrail menjawab:Istana ini milik mereka yang bangun dari tidur pada pertengahan malam dan 3 kali mengucapkan zikir ini;
يا حى يا قيو م,يا حى لا يموت ارحم عبدك الخا طئ المعترف بذنبه يا ارحم الرا حمين
(Ya Hayyu Ya Qyyum,Ya Hayyu la yamut Irham Abdakal Khaatial Mu’tarifa Bizanbih Ya Arhama Raahimin) -Biharul Anwar jilid 56 m/s 53.
7)Ketika aku sampai kelangit yang ketujuh,aku melihat pula sebuah istana yang diperbuat daripada “mutiara putih”.
Aku bertanyan kepada malaikat Jibrail:Siapakah pula pemilik istana ini?
Malaikat Jibrail menjawab:milik mereka yang setiap hari berzikir dengan zikir ini
سبحا ن الله بعد د ما خلق,سبحان الله بعدد ما هو خا لق الى يوم القيا مة,والحمد لله رب العا لمين
(Subhanallahi Biadadi Ma Khuliqa,Subhanallahi Biadadi Ma Hua Khaliqu ila Yawmil Qiyaamati,Walhamdulillahi Rabbil Aalamin)- Biharul Anwar jilid 86 m/s 53.
No comments:
Post a Comment