Wednesday, 22 June 2011

BINALAH DIRI SENDIRI DAN BINALAH DIRI ORANG LAIN



Diantara kewajipan yang sangat dituntut didalam agama Islam ialah  membina dan memperbaiki diri malah disisinya ada kewajipan  untuk membina diri orang lain.
Langkah yang pertama untuk membina orang lain ialah bermula dengan  membina keluarga.

Allah Taala berfirman didalam surah At-Tahrim ayat 6

يا ايها الذين آ منوا قو انفسكم واهليكم نا را               

“Wahai orang –orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”

Ketika rasulullah saw  diperintahkan oleh Allah  Taala untuk menyampaikan  ajaran agama Islam,Allah telah memerintah supaya memberi peringatan (takut) pada Allah kepada ahli keluarga yang terdekat
Ini bemakna pembentukan masyarakat  adalah bermula dengan pembentukan keluarga.

وانذر عشيرتك الا قربين                                        

Berilah peringatan(takut) pada Allah kepada kaum keluargamu yang terdekat(surah As-Syuara’ -214).

Mulalah pembinaan dan pembentukan masyarakat dengan pembinaan dan pembentukan keluarga sendiri.Pertama bina keluarga  kemudian barulah bina masyarakat inilah yang diajar oleh  Allah Taala.
Kepada mereka yang bergelar bapa ,ayah, papa, baba dan…… dibahu anda tergalas satu kewajipan yang sangat besar  aitu membentuk isteri dan mendidik anak-anak anda  dan jangan lupa anda sendiri sebagai bapa dan suami haruslah berusaha membentuk dan membina diri anda sendiri.

Ketahuilah bahawa sekolah yang terbaik untuk mendidik dan membina insan yang bernama manusia supaya membesar menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai kemanusian yang tinggi adalah “rumah’.

‘Rumah’ juga boleh menjadi satu tempat untuk suami atau isteri mencapai kesempurnaan khususnya bagi mereka yang mempunyai sifat ‘berlapang dada’

Jika pada pertama kali diberi nasihat   tidak dihiraukan dan tidak dipedulikan,nasihat dan teguran harus diulang berkali–kali  inilah perlunya sifat “berlapang dada” kerana satu ketika ucapan dan teguran yang diulang-ulang akan mendatangkan hasil dan kejayaan.

Pakar-pakar dan ahli-ahli psikologi dan  mereka yang terlibat didalam bidang motivasi  menyatakan  bahawa betapa terkesannya setiap perkataan dan perbuatan yang diulang-ulang  didalam membentuk peribadi seseorang.  
Jika seorang suami sentiasa solat awal  waktu nescaya si isteri juga insyaallah akan solat diawal waktu dan seterusnya menjadi ahli tahajjud.
Jika  seorang bapa dirumah beradab dalam percakapan mahupun perbuatan nescaya ini akan memberi kesan kepada anak dan isterinya dan telah  terbukti bahawa anak yang beradab dan berakhlak adalah kerana ibubapa mereka  orang yang berakhlak.

Hikayat Ismae

Ismae adalah  salah seorang daripada menteri dizaman perintahan Khalifah Al-Makmun.Beliau telah menceritakan pada suatu hari aku telah pergi   memburu binatang tiba-tiba aku telah sesat di padang pasir yang kering dan tiada air  dan aku ketika itu tersangat dahaga,aku melihat sebuah khemah  ditengah-tengah jalan lalu aku pergi kearah khemah tersebut dan dapati ada seorang wanita muda sedang duduk didalam khemah tersebut,aku memberi salam dan meminta darinya sedikit air, air muka wanita itu berubah dan berkata “didalam khemah ini ada air tapi aku tidak mendapat keizinan untuk memberinya kepada anda tetapi aku ada susu untuk makan tengahariku dan aku boleh berikan pada anda”wanita tersebut memberi susu kepada ku dan tidak berapa ketika aku melihat ada kelibat lelaki dari jauh,apabila melihat kelibat tersebut wanita muda tadi bergegas mengambil bekas air dan keluar dari khemah.
Aku melihat seorang lelaki tua yang berkulit hitam dan tempang datang dengan menaiki unta,rupa-rupanya lelaki tersebut adalah suami kepada wanita muda itu.
Wanita tadi menyambut kepulangan suaminya dengan membasuh kaki suaminya dengan penuh hormat  kemudian wanita muda itu melayan suaminya dengan penuh kasih sayang  tapi setiap layananya dibalas dengan herdikan dan kata-kata yang kasar oleh suaminya.
Aku merasa tidak tahan melihat apa yang dilakukan oleh suami wanita tersebut kepada isterinya,aku yang berada disitu tidak dipedulikan oleh lelaki tersebut tapi wanita tersebut menghormati aku lantas aku bertanya”Alangkah ruginya dengan kecantikan dan usia muda yang ada pada anda dihabiskan pada seorang lelaki yang tua,hitam dan tempang juga miskin kenapa anda begitu patuh dan hormat kepada orang yang sedemikian?”
Wanita muda begitu terkejut bila mendengar kata-kata ku dan berkata”Aku amat kesal dengan kata-kata yang keluar dari mulut seorang menteri yang memerintah negara Islam,adakah  anda mahu menghasutku dan  mencabut kasih sayang  dan kecintaan ku pada suami ku”
Aku terpegun hairan dengan kata-kata wanita itu.Wanita itu berdiri dihadapan ku dan berkata”aku mendengar satu riwayat dari nabi Muhammad(saw) dan aku mahu mengamalkan riwayat tersebut supaya aku pergi dari dunia ini dengan iman yang sempurna”
Rasulullah saw bersabda:

الايما ن نصفه الشكر ونصفه الصبر                     

Iman sebahagiannya adalah bersyukur dan sebahagian lagi adalah sabar

Kemudian wanita itu berkata “dunia” samaada baik atau buruk, pahit atau manis akan berlalu tetapi yang paling penting manusia pergi dari dunia ini dengan keimanan,dunia adalah jambatan untuk menuju ke akhirat,rumah  dan tempat tinggal yang kekal adalah akhirat.
Disini tempat mati dan pergi dan disana tempat yang kekal selamanya.  

      


TIPS HARIAN:
Amalkan solat wuthairah untuk kebahagian dunia dan akhirat
Solat ini dilakukan didalam keadaan duduk.Dikerjakan selepas solat isyak,
Niat solat wuthairah dua rakaat kerana Allah
Rakaat pertama Al-fatihah dan surah Al-waqiah.
Rakaat kedua Al-fatihah dan Al-Ikhlas.
selesaikan solat seperti biasa.
Tasbih Fatimah Azzahra dan doa.

No comments:

Post a Comment