Wednesday, 15 June 2011

INILAH PAKAIAN MU……..



قا ل الا ما م الصا دق (ع): لا ينبغى للمرأ ة ان تخمر ثوبها اذا خرجت(من بيتها)   

Imam Sadiq(as) berkata: Tidaklah wajar bagi seorang wanita yang  keluar rumah dengan memakai pakaian yang wangi.

Imam Ali (as) berkata:Pada suatu hari  aku bersama dengan rasulullah duduk di perkuburan Baqie’ ketika itu hujan turun, tiba-tiba lalu seorang wanita yang menunggang haiwan,kaki haiwan tersebut telah masuk kedalam lubang dan menyebabkan wanita tadi jatuh ketanah,rasulullah mengalihkah pandangan dan tidak memandang wanita tersebut,sahabat-sahabat berkata wahai rasulullah(saw) wanita itu memakai  seluar panjang,bila mendengar kata-kata sahabat rasulullah 3 kali  berkata:Ya Allah   letakkan wanita  ini  dan wanita-wanita yang berpakaian sepertinya dibawah keampunan mu.

Natijah dari kisah ini adalah:
1.      Wanita Islam ketika  keluar dari rumah mestilah memakai pakaian yang sesuai,janganlah memakai pakaian yang dari segi warna dan jahitannya tidak sesuai dan boleh menyebabkan tarikan kepada lelaki bukan mahram.
2.      Seluar panjang adalah antara pakaian yang sangat sesuai  bagi wanita ketika   keluar dari rumah ,tetapi hendaklah seluar tersebut  daripada warna,model dan fabrik yang tidak menjadi tarikan pada pandangan ramai.
3.      Wanita jangan lah memakai pakaian yang nipis atau seluar yang nipis yang boleh mempamerkan bahagian badan atau memakai pakaian yang ketat dan pendek yang mana boleh memberi mudharat dan bahaya pada wanita tersebut.
Lelaki yang berimam tidak akan membiarkan atau mengizinkan isteri,anak dan saudara perempuannya memakai pakaian boleh mempamerkan anggota badannya. pemakaian yang sedemikian bukanlah dari budaya Islam tetapi adalah  daripada budaya dan pengaruh barat.
Agama Islam  amat memuliakan kaum wanita,khususnya wanita yang telah berkahwin,hiasan dan kecantikanmu hanyalah boleh dipamerkan kepada suami  dan  didalam rumah  sahaja dan dilarang  juga berpakaian nipis dan terbuka dihadapan anak sekalipun.
 

JAGALAH PERGAULANMU…….

Rasulullah(saw) bersabda:Barangsiapa yang bergurau  dan bercinta dengan wanita yang bukan mahram, disebabkan setiap patah perkataan yang diucapkan akan dipenjarakan didalam api neraka selama seribu tahun,dan jika wanita tersebut dengan kerelaanya membiarkan dirinya dipeluk atau dicium atau membuat hubungan kelamin atau guraun boleh menyebabkan berlakunya perbuatan yang mengalahi syariat maka wanita tersebut berdosa seperti lelaki dan akan diazab seperti azab yang dikenakan pada lelaki tersebut tetapi jika wanita tidak redha dan dipaksa melakukan perbuatan-perbuatan tadi dosa kedua-duanya ditanggung oleh lelaki.


Sabda nabi Muhammad(saw) lagi:Barangsiapa yang bersalaman dengan wanita yang bukan mahram,pada hari kiamat tangan akan diikat dan dibelenggu di tengkoknya kemudian akan dibawa memasuki api neraka.
Didalam Islam jika seseorang berfikir pada perkara kebaikan atau berfikir untuk membuat kebaikan tetapi tidak berjaya untuk melakukan kebaikan tersebut  Allah Taala tetap memberi pahala dan ganjaran kebaikan tersebut tetapi jika seseorang berfikir pada perkara buruk dan jahat  atau berfikir untuk melakukan kejahatan,Allah Taala tidak akan menulis baginya azab tetapi adalah baik jika manusia tidak sama sekali berfikir untuk melakukan dosa atau kejahatan dan jika terlintas difikiran hendaklah cepat-cepat dipadamkan kerana orang yang melakukan dosa pada awalnya tidaklah terus melakukan dosa  bahkan pada awalnya  hanya berfikir untuk melakukan kejahatan kemudian telah diwas-waskan oleh syaitan sehinggalah  mereka melakukan perbutan jahat tersebut,dan akhirnya  mendapat kehinaan  didunia dan diakhirat akibat perbuatan jahatnya.  











TIPS HARIAN
Bagi mengelakkan daripada gangguan lebah  bacalah surah Al-Buruj (ayat 1 hingga 4)


























No comments:

Post a Comment