Sunday, 5 June 2011

WANITA-WANITA TAULADAN DIDALAM SEJARAH(2)


PERMULAAN ISLAM

1.Sayyidah Khadijah(as)
Sayyidah Khadijah pada mulanya adalah penganut agama masihi,tetapi  setelah membaca banyak penceritaan tentang nabi Muhammad(saw) didalam kitab-kitab Masihi dan melihat sendiri dengan dekat tentang keperibadian nabi Muhammad(saw)beliau telah beriman dengan agama Islam dan telah mengambil keputusan berkahwin dengan nabi Muhammad(saw) walaupun dihalang dan ditentang oleh para pembesar dan bangsawan mekah pada masa itu.Wanita mulia ini telah memberi sumbangan yang begitu besar kepada agama Islam,segala harta dan kekayaannya telah diberikan pada suaminya Muhammad(saw) untuk  kegunaan umat Islam.Sayyidah Khadijah bukan sahaja menyerahkan segala hartanya kekayaan untuk Islam malah beliau juga wanita yang sentiasa berada disisi nabi Muhammad(saw) memberi sokongan dan membantu suaminya didalam menghadapi kesusahan dan kesukaran berhadapan dengan kaum Quraisy Mekah .Sayyidah Khadijah adalah diantara empat wanita utama didalam sejarah dan sebaik-baik wanita syurga.Rasulullah (saw) tidak pernah melupakan pengorbanan  isterinya Sayyidah Khadijah dan sentiasa mengingatinya walaupun isterinya telah pulang kepangkuan Ilahi,setiap  kali baginda teringat akan isterinya Khadijah baginda menghadiahkan selawat keatasnya…….
2.Sumayyah(wanita pertama yang syahid)
Sumayyah adalah isteri kepada Yasir.Sumayyah dan suaminya Yasir telah  dikenakan hukuman yang amat berat oleh orang-orang Quraisy kerana telah memeluk  agama nabi Muhammad(saw) sehingga mereka berdua telah syahid..Sumayyah telah diancam oleh kaum Quraisy dengan berkata"jika kamu tidak keluar dari agama Muhammad kedua-dua kaki kamu akan diikat pada dua ekor unta dan setiap unta akan berlari kearah yang bertentangan",kedua-dua unta berlari dengan kuat sehingga bahagian badan Sumaiyyah terbelah dua……..
Sumayyah meninggalkan anak  lelaki yang bernama Ammar.Ammar adalah seoarang lelaki yang sangat beriman dan telah menghabiskan kehidupanyan pada jalan Allah dan beliau adalah salah seorang dari tentera Imam Ali(as) didalam perang Shiffin dan telah syahid didalam peperangan tersebut.Semuga Allah Taala merahmati keluarga ini.Amin…
3.Fatimah binti Asad(ibu Saidina Ali(as)
Wanita ini mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa yang mana   beliaulah satu-satunya wanita yang melahirkan bayinya(Saidina Ali as) didalam Kaabah .
Rumahnya Fatimah binti Asad menjadi tempat berehatnya nabi Muhammad setiap kali baginda merasa letih dan penat,ketika dikhabarkan tentang kematian Fatimah binti Asad rasullullah menangis dihadapan jenazah Fatimah dan mendoakan supaya Allah Taala mengampunkan segala dosa dan kesilapan wanita ini.Rasulullah bersabda: Fatimah  bukan sahaja ibu kepada Ali(as) malahan ibu kepadaku lantas rasul menyerahkan serban dan baju baginda untuk dibuat kain kafan bagi Fatimah binti Asad.
Ketika rasulullah menunaikan solat jenazah bagi Fatimah binti Asad baginda solat dengan empat takbir dan sebelum Fatimah dikebumikan baginda masuk dan baring didalam kuburnya Fatimah binti Asad dan bersabda “wahai Ali ,wahai Hasan kamu juga masuk dan baringlah kedalam kubur ini".Ammar bertanya:wahai rasulullah  apa yang tuan lakukan pada jenazah  ini tidak dilakukan pada jenazah orang lain?rasul menjawab:memang sepatutnya  aku melakukan ini semua kerana wanita ini sanggup berlapar dan tidak memberi makan kepada anak-anakmya kerana mahu mengenyangkan daku manakala anak anaknya tidak diberi pakaian sedangkan aku diberi pakaian.
Ammar bertanya lagi ‘Kenapa didalam solat jenazahnya tuan bertakbir sebanyak empat kali?rasul menjawab:empat puluh saf para malaikat hadir didalam solat jenazah Fatimah dan bagi setiap saf diucapkan satu takbir dan aku memberikan serban dan bajuku untuk dibuat kain kafan adalah kerana pada suatu hari aku telah bercerita bahawa manusia dihari kiamat tidak berpakaian (telanjang) ,tiba-tiba Fatimah binti Asad menjerit kerana begitu risau keadaannya dirinya dihari kiamat tanpa pakaian,aku mengkafankan dengan pakaian ku supaya badannya ditutup dengan kain kafan tersebut hingga kehari kiamat  dan aku baring didalam kuburnya supaya beliau tidak takut kepada soal jawab didalam kubur.Allah Taala menjadikan kuburnya seperti salah satu taman daripada taman-taman disyurga.Semuga Allah merahmati roh wanita suci ini.Amin… 
4.Ummu Banin(Ibu empat syuhadak)
Wanita ini merupakan isteri kepada Saidina Ali(as),hasil daripada perkahwinan ini lahirlah empat cahayamata aitu Abbas,Abdullah,Jaafar dan Osman.Keempat-empat anak Ummu Banin telah syahid bersama-sama dengan saudara mereka saidina Husain(as).Ketika dikhabarkan tentang kesyahidan anak-anaknya Ummu Banin tidak menunjukkan kesedihan tetapi apabila dikhabarkan tentang kesyahidan Imam Hussain(as) beliau lantas menangis dengan penuh hiba dan berkata “ jantungku telah dirobek”.
5.Sayyidah Zainab(as)
Keperibadian Sayyidah Zainab tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata kerana beliau adalah wanita begitu unggul yang dibesarkan dibawah didikan wanita yang digelar 'Penghulu wanita dua alam" aitu Sayyidah Fatimah Azzahra(as) dan juga dibawah bimbingan ayahandanya Saidina Ali(as) juga dibawah pemerhatian dua saudaranya aitu Saidina Hassan(as) dan Saidina hussain(as) .Didalam diri sayyidah Zainab ada sifat berani,sabar,tawadduk,perihatin,zuhud,istiqomah dan banyak sifat-sifat yang patut dicontohi dan ditauladani oleh para wanita.
Musibah dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Sayyidah Zainab(as) begitu hebat dan jika diturunkan kepada gunung ganang nescaya gunung ganang pasti akan hancur binasa.
Sayyidah Zainab semasa hayatnya  sentiasa berada disisi saudaranya saidina Husain(as),ikatan dan kecintaannya kepada saidina Husain begitu kuat sehinggakan ketika sepupunya Abdullah bin Jaafar Thayyar datang meminangnya,saidina Ali telah meletakkan  dua syarat aitu benarkan Sayyidah Zainab melawat abangnya setiap hari dan jika abangnya Saidina Husain(as) mahu pergi bermusafir hendaklah diizinkan setelah Abdullah menerima dua syarat tersebut barulah dilangsungkan perkahwinan antara Sayyidah Zainab(as) dan Abdullah bin Jaafar Thayyar. Setelah syahid saudaranya  saidina Husain(as) beliau mengambil alih tugas menjaga Imam Sajjad(as) yang didalam keadaan sakit,pernah beberapa kali Imam Sajjad  diancam untuk dibunuh Sayyidah Zainab(as) dengan berani melindungi anak saudaranya dengan berkata “ Jika kamu mahu membunuhnya,bunuhlah aku dahulu”.Jika dilihat didalam sejarah para  wanita menjadi penyokong yang kuat kepada kaum lelaki didalam membela agama Allah dan sanggup mengharungi segala kesulitan dan kesusahan demi mempertahankan jalan yang haq contonya Maryam disisi nabi Isa(as),Asiah(isteri Firaun) disiksa kerana mempertahankan nabi Musa(as) ,sayyidah Khadijah(as) mengorbankan segala apa yang dimiliki dan  setia berada disisi nabi Muhammad(saw).Sayyidah Fatimah Azzahra (as) mempertahankan suaminya saidina Ali(as) ketika haq suaminya dirampas dan begitu jugalah Sayyidah Zainab(as) sanggup menempuh segala penderitaan demi mempertahankan saudaranya saidina Hussain(as)  demi  mengembalikan dan menegakkan agama Allah yang sebenar walaupun usianya ketika itu  55 tahun tetapi beliau memiliki kekuatan dan kesabaran yang begitu tinggi sehingga telah diriwayatkan oleh Imam Sajjad  “Kesabaran mak cik ku Zainab telah menjadikan para malaikat dilangit begitu terpegun”
Salam keatas mu wanita yang telah diuji oleh Tuhan mu dan engkau bersabar dengan ujian tersebut.Selawat.





Tips untuk WANITA
Amalkan membaca surah Al-Jummuat 5 x sehari untuk kebahagian rumahtangga.

No comments:

Post a Comment