Friday, 1 July 2011

CONTOHILAH IBADAH DAN DOA MANUSIA SUCI INI




Jika kita membaca dan meneliti sejarah kehidupan nabi kita Muhammad (saw) kita akan dapati baginda sangat menitik beratkan didalam urusan solat. Baginda amat  menyukai solat dan menjaganya  supaya dapat dilakukan pada awal waktu

Solat-solat yang dikerjakan oleh nabi Muhammad(saw)  penuh dengan nilai-nilai spritual dan kerohanian  yang tinggi.

Salah seorang daripada isteri nabi Muhammad(saw) berkata: “Rasulullah sedang berbual-bual dengan  kami,dan telah masuk  waktu solat rasulullah ketika itu  kelihatan seolah tidak lagi mengenali kami dan kami tidak mengenalinya”.

Imam Sadiq(as)  meriwayatkan bahawa:ketika masuk sahaja waktu solat maghrib,rasulullah tidak akan mendahulukan perkara lain kecuali solat dan solat maghribnya dikerjakan pada awal waktu”.

Imam Sadiq(as) berkata lagi:”Rasulullah solat sunat dua kali ganda solat wajibnya dan berpuasa sunat   dua kali ganda puasa wajib”.

Diriwayatkan juga rasulullah  berdiri untuk solat wajahnya berubah kerana ketakutan dan kedengaran suara kesedihannya.

Imam Jaafar Sadiq(as) meriwayatkan tentang adab-adab nabi saw ketika solat malam
Ketika nabi Muhammad mahu tidur,baginda meletakkan bekas air yang tertutup di hujung kepala dan memberus gigi  sebelum tidur.

Baginda tidur beberapa ketika apabila bangun baginda  duduk sambil mendongak kelangit dan membaca petikan ayat daripada surah Al-Imran  “ ان فى خلق السموا ت والارض......  hingga akhir (ayat terakhir surah Al-Imran),kemudian baginda memberus giginya dan mengambil wudhuk  dan solat  malam 4 rakaat (2  salam).
Setiap perbuatan didalam solat dilakukan dengan begitu lama dan penuh kusyuk,setelah selesai baginda tidur kembali.

Setelah itu baginda bangun kembali dari tidur dan sekali mendongak kelangit dan membaca ayat yang sama seperti tadi,sekali lagi baginda memberus gigi dan berwudhuk dan solat lagi 4 rakaat,solat sebagaimana sebelumnya penuh dengan kekusyukan.

Baginda kembali tidur dan bangun semula ,perkara yang dilakukan (memandang kelangit dan membaca ayat daripada surah Al-Imran,ambil wudhuk ) dan baginda solat  3 rakaat(2 rakaat solat Syafa’ dan 1 rakaat solat witir)  setelah masuk waktu subuh baginda solat 2 rakaat(nafilah subuh) seterusnya baginda masuk ke masjid untuk  menunaikan solat  subuh.

Rasulullah bersabda kepada Abu Dzar tentang  hikmah disebalik kesungguhan baginda didalam solat:”Wahai  Abu Dzar!Allah Taala mengurniakan cahaya mataku (kegembiraanku) didalam solat  yang menjadi kecintaanku,sebagaimana makanan dan minuman menjadi kecintaan bagi orang yang lapar dan dahaga.Kemudian nabi saw bersabda lagi:”lapar boleh dikenyangkan dengan makan dan dahaga boleh dihilangkan dengan minum tetapi aku  dengan menunaikan solat  tidak  pernah kenyang.  
Imam Husain (as) meriwayatkan bagaimana keadaan datuknya Muhammad(saw) ketika berdoa.
Datukku Muhammad(saw) ketika berdoa dengan keadaan penuh tawadu’ dengan mengangkat kedua tangan dihadapan Tuhannya seolah-olah seorang faqir sedang meminta makanan.        






  
TIPS HARIAN

Bagi meleraikan  pergaduhan atau perselisahan diantara suami isteri bacalah “YA  WADUDU” sebanyak 1001,Insyaallah perselisihan akan selesai. 

No comments:

Post a Comment