Monday, 18 July 2011

SETIAP DOA PASTI ADA JAWAPANNYA








Satu perkara yang sangat penting berkaitan dengan doa dan tawassul kepada para Maksumin ialah setiap doa dan tawwasul pasti ada jawapannya dan tidak akan kembali para pendoa dengan tangan yang kosong.
 
Samada makbulnya doa dengan mendapat apa yang dihajati atau jika hajat yang diminta tidak membawa kebaikan padanya maka sesuatu yang lain yang lebih baik akan dikurniakan oleh Allah seperti panjang umur.kesihatan yang baik,dijauhi daripada bala dan mendapat perkara-perkara yang baik atau anugerah dialam barzakh dan hari kiamat juga kadang-kadang hasil daripada doa akan mendapat sumber hikmah  dan terpancarlah cahaya ilmu dari hati dan kata-katanya.

Perkataan yang paling buruk keluar dari lidah pendoa ialah “aku telah berdoa tapi tidak mendapat apa-apa” “aku telah membaca ziarat tapi tidak ada apa-apa kesan”.Perkataan seperti ini sangatlah berbahaya untuk mereka yang berdoa dan bertawassul kerana perkataan ini menyebabkan syaitan bersorak gembira kerana ini melambangkan sifat  putus asa dan tidak yakinnya hamba yang berdoa kepada kekuatan dan kekuasaan Tuhannya.

Doa hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan bukan dilakukan  sebagai satu percubaan(adakah doa dikabulkan@tidak).

Sayyid bin Thauus berkata:
Walaupun kita baik masih juga tidak terlepas dari ujian Allah dan ramai dikalangan orang-orang yang baik dan mulia masih didalam ujiannya  Allah.
Membaca doa untuk apa?ketahuilah bahawa ini adalah ujian Allah.Banyak riwayat yang menceritakan ketika doa dibaca hajat kamu berada dihadapan mata kamu.

Telah diceritakan oleh Sheikh Muhammad Taqi Majlisi:
Telah sembuh (mendapat syafa’)pesakit-pesakit  yang ramai dibandar  Isfahan dengan membaca 70 kali Surah Al-fatihah .

Didalam Ta’kibat solat subuh,sebaik sahaja selesai solat subuh bacalah 10 kali doa ini

سبحا ن الله العظيم وبحمده ولا حول ولا قوة الا با الله العلى العظيم   
SubhanallahillAzimi Wabihamdih Wala Haulawala Quwwatailla Billahill Aliyyul Azim

Maka akan dilindungi daripada penyakit gila,buta ,kusta faqir dan nyanyuk diwaktu tua.

Dunia perubatan sekarang sedang mencari kaedah-kaedah,formula dan penawar untuk penyakit diatas.Betapa bertuahnya kita yang mempunyai doa……..


Mutiara Kata
Orang yang gila sebenarnya mereka yang mendahulukan dunia dari akhirat

No comments:

Post a Comment