Seorang ulamak dan pengkaji ilmu yang terkenal dinegara Lubnan yang bernama Sheikh Muhammad Jawad menceritakan,pada suatu hari aku telah pergi ke pusat ilmu untuk mengulangkaji dan membuat penyelidikan.
Aku melihat seorang penyair Masihi juga berada disana.Setelah beberapa hari berlalu aku tidak lagi melihat kelibat penyair tersebut.Aku bertanyakan mereka yang mengenalinya “kemanakah perginya penyair Masihi yang selalu kesini”mereka menjawab”penyait tersebut sakit dan berada di hospital”
Aku mengambil keputusan untuk menziarahi penyair Masihidi hospital.Sebaik sahaja aku sampai di hospital penyair itu berkata”hamba tidak sangka akan diziarahi oleh tuan yang beragama Islam dan tambah lagi seorang pengikut Ahlilbait aku merasa sangat gembira dengan kehadiran tuan”.
Kemudian penyair tersebut menceritakan satu kisah kepada aku ,dia berkata:
Aku adalah seorang Masihi tetapi aku sangat menyukai Nabi mu Muhammad(saw) sehinggalah tuhan mengurniakan aku seorang anak lelaki dan aku menamakan anak tersebut dengan nama ‘Muhammad’.
Ketika anak ku berusia 17 tahun dia telah jatuh sakit.Penyakitnya tidak dapat diubati oleh para doktor dan pakar-pakar perubatan aku telah berputus asa dan hanya menunggu saat kematian anakku.
Saudara-saudara Masihi yang lain telah datang menziarahi anakku duduk disisi anakku dan sama-sama menunggu ajal yang akan datang.
Tiba-tiba aku terdengar dikalangan orang-orang masihi bercakap sesama mereka dan berkata”memang sepatutnya budak ini mati kerana ayahnya telah meletakkan nama nabi orang –orang Islam padanya”.
Aku sangat sedih dengan kata-kata mereka lantas aku keluar dari bilik dan pergi kesatu tempat yang sunyi dan aku telah bertawassul kepada Nabi kamu dengan berkata”Wahai Muhammad bukankah kamu yang boleh memberi syafa’(kesembuhan)kepada seribu pesakit”adakah kamu tidak boleh memberi syafa’ kepada satu pesakit ini”.
Aku telah masuk semula kebilik anakku dan melihat anakku telah bangun dari tempat pembaringan dan berkata”kenapa ramai orang berkumpul didalam bilik aku,aku telah sembuh …..bawakan aku makanan dan minuman”
UMMAT YANG MEMPUNYAI DUA AYAH
Alamah Amini(ra) didalam keadaan air mata bercucuran telah berkata dengan suara yang kuat
Tidakkah Nabi Muhammad(saw) pernah bersabda “Aku dan Ali adalah dua ayah bagi ummat ini”
Dua ayah yang mempunyai kedudukan yang begitu mulia dan tinggi.Kemudian Alamah Amini(ra) menyambung kata-kata dengan berkata”Insan yang mempunyai dua orang ayah yang kaya-raya pergi meminta sedekah ……..kenapa meminta sedekah?pergilah minta hajat-hajat kalian daripada dua ayah yang memiliki segala kekayaan ………
No comments:
Post a Comment