Saturday, 9 July 2011

PERKARA KECIL …..TAPI SEBENARNYA BESAR………




Didalam bidang psikologi terdapat satu istilah yang dipanggil “perkara kecil tapi besar” aitu
Betapa manusia menganggap masalah-masalah yang wujud didalam rumahtangga  dan keluarga sebagai perkara  yang kecil tetapi sebenarnya perkara  yang kecil itu sebenarnya adalah masalah yang besar.

Sebagai contoh isteri yang  tidak menguruskan pakaian keluarga,membiarkan rumah didalam keadaan yang  tidak teratur dan kotor dan sebagainya ..
Perkara ini mungkin bagi pandangannya satu perkara yang biasa dan kecil tetapi ketahuilah perkara yang kecil  ini akan menjadi satu masalah yang besar malah mungkin menjadi punca keruntuhan rumahtangga jika tidak diambil perhatian.

Begitu juga menjaga keharmonian didalam rumahtangga mungkin bagi sesetengah orang  bukanlah merupakan perkara yang besar tetapi ketahuilah”menceriakan rumahtangga dan mengambil hati pasangan “ adalah satu perkara yang amat besar yang sepatutnya dititik beratkan oleh setiap pasangan.

Seorang suami  yang telah  menghabiskan sebahagian harinya diluar rumah bila kembali kerumah seharusnya meluangkan sedikit masa untuk isteri dan anak-anaknya.

Didalam riwayat banyak disebut “setiap manusia mestilah membahagikan masanya dan berilah pengkhususan masa untuk pasangan masing-masing”.
  
Wahai sang suami berilah sedikit ruang dan masa untuk anda mendengar keluhan dan kata-kata isteri anda dan berilah perhatian kepada kehendak dan permintaan isteri walaupun anda tidak bersetuju dengan citarasanya.

Sang isteri kadangkala mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk aqal atau kata-kata seperti  kanak-kanak kecil , alangkah bagusnya ….jika anda sebagai suami  mendengar kata-kata  dan keluhan-keluhan  isteri anda,jika anda berbuat demikian kerana untuk mendapat keredhaan Allah  dan menjaga keharmonian rumahtangga dan juga menghormati pasangan anda sebagai isteri maka ganjaran pahala yang banyak sedang menunggu anda kerana anda telah mewarnakan diri anda dengan warna ketuhanan(Allah sentiasa mendengar keluhan hambanya).

Pengkhususan masa bukan sahaja kepada pasangan masing-masing tetapi juga kepada anak-anak.Ruangkan masa untuk duduk berbual-bual dengan anak-anak supaya  anak-anak dapat menceritakan masalah dan kemusykilan mereka dan anda bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan permasalah tersebut.

Allah Taala berfirman didalam Surah Al-Imran(159)
وشا ورهم فى الامر فا ذا عزمت فتوكل 

Allah Taala berfirman kepada rasullullah(saw):bertawakkal kepada Allah pada setiap perbuatan yang kamu mahu lakukan tetapi jangan lupa mesti juga bermesyuarat dan berbincang  kerana    
bermesyuarat dan berbincang  dengan orang lain akan menjadikan mereka orang yang mempunyai  sahsiah.

Didalam urusan rumahtangga dan keluarga mestilah ada mesyuarat dan perbincangan diantara ahli keluarga kalau ada yang menyatakan bahawa pendapat isteri atau wanita tidak boleh diambil kira itu adalah  satu kesilapan yang besar.Didalam mesyuarat dan perbincangan semua pandangan ahli mestilah diambil kira tidak kira lelaki atau wanita hatta anak-anak sekalipun.

Mengikut kajian ahli-ahli psikologi  apabila  kanak-kanak   juga diajak untuk  berbincang  didalam keluarga akan menjadikan mereka  anak-anak yang  berjiwa besar.

Jika seorang suami boleh  menyelami  hati isteri dan anak-anak maka akan wujudlah ketenteraman di dalam keluarga,dan sudah pastilah ini memerlukan kesabaran yang tinggi  kerana untuk membina keluarga yang bahagia perlulah ada kerjasama dan persefahaman diantara ahli keluarga.

Binalah keluarga  dengan kasih sayang dan akhlak yang terpuji  dan mulia.Peranan utama haruslah dimainkan oleh “ketua keluarga”.Nakhoda yang mengemudi kapal mestilah seorang yang cukup bertanggungjawab dan peka dengan keperluan anak-anak kapal supaya kapal yang dibawa dapat belayar sampai kedestinasi yang diimpikan.





TIPS HARIAN

ImamAli(as)  berkata:Sesiapa yang merasa takut ketika tidur(kecurian atau tidak lena tidur) bacalah surah Al-Kahfi ayat 11 hingga12 insyaallah ketakutan akan hilang dan dapat tidur dengan lena.
 

No comments:

Post a Comment