Thursday, 14 July 2011

SOLAT MALAM(TAHAJJUD)

بسم الله الرحمن الرحيم                                                   





Antara perkara amat disarankan didalam Islam adalah mengerjakan solat malam.Keutamaan solat malam telah disebut didalam Al-quran berulang kali.Firman Allah Tala didalam surah Al-Isra’ ayat 79

ومن الليل فتهجد به نا فلة لك عسى ان يبعثك ربك مقا ما محمودا
Dan pada sebahagian malam ,lakukanlah solat tahajjud(sebagai satu ibadah)tambahan bagimu,mudah-mudakan tuhanmu mengangkat  ketempat yang terpuji.

Allah Taala juga menjanjikan syurga bagi mereka yang bangun pada malam hari untuk beribadah dan beristighfar.Firman Allah didalam surah Az-Zariat ayat 15-18

 ان المتقين في جنا ت وعيون*آخذين ما آ تاهم ربهم انهم كانو قبل ذلك محسنين*كانوقليلا من الليل ما يهجعون*
وبالا سحارهم يستغفرون                                                                                                 

Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada didalam taman-taman syurga dan mata air*mereka mengambil apa yang diberikan tuhan kepada mereka.Sesungguhnya mereka sebelum itu (didunia) adalah orang-orang yang berbuat baik*mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam*dan pada akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).

Didalam hadis ditulis maksud istighfar pada dini hari adalah istighfar yang dibaca didalam qunutnya solat witir yangmana amalan ini sunat dilakukan sebanyak 70 kali dengan berkata: استغفر الله ربى واتوب اليه 

Didalam hadis dan riwayat juga banyak disebut tentang keutamaan solat malam.

Rasulullah(saw) didalam nasihatnya kepada Amirulmukminin Imam Ali(as) bersabda:
عليكم بصلا ة الليل keatas kamu solat malam ,Perkataan ini diulang sebanyak 4 kali.

Rasulullah bersabda:  اشراف امتى حملة القرآن واصحا ب الليل
  Orang yang paling mulia dikalangan umatku adalah mereka yang mengembangkan  Al-quran dan beramal dengannya dan mereka yang menghidupkan malam.

Solat malam juga akan menjadikan manusia mulia dan dicintai oleh Allah Taala kerana Allah amat menyukai mereka yang beribadah dimalam hari.
Imam Muhammad Baqir(as) berkata:   ان الله يحب المسا هر بالليل    Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang beribadat dimalam hari.

Imam Jaafar Sadiq(as)berkata: ليس منا لم يصل صلا ة الليل    Bukan  dari kalangan kami(pengikut Ahlilbait) mereka yang tidak melakukan solat malam.
Didalam hadis dan riwayat banyak menceritakan tentang kesan dan faedahnya solat malam.

Rasulullah(saw) bersabda: ومنهاة عن الا ثم   Solat malam membersihkan dosa-dosa.

Imam Jaafar Sadiq(as) berkata:  عليكم بصلا ة الليل.......ومطردة الداء عن اجسا دكم 
Solatlah malam kerana ianya akan menjauhkan penyakit dari badan kamu.

Imam Ali(as) berkata: قيا م الليل تعرض للرحمة    Solat malam menyebabkan turunnya rahmat Allah.

Imam Sadiq(as) berkata: صلا ة الليل تبيض الوجه   Solat malam menjadikan muka putih dan bercahaya(kesan daripada keimanan)

صلا ت الليل تطيب الريح                                Solat malam mewangikan badan.

صلا ة الليل تجلب الرزق                                Solat malam memperbanyakkan rezeki

صلا ة الليل تحسن الوجه وتذ هب بالهم                     Solat malam membaikkan wajah dan menghilangkan kesedihan

صلا ة  المؤمن بالليل تذهب بما عمل من ذنب بالنها ر                    .Solat malam menghapuskan dosa harian orang mukmin.

Imam Sodiq(as) berkata:Allah Taala didalam munajatNYA dengan nabi Musa(as) berfirman:
كذب من زعم انه يحبني فاذا جنة الليل نام عنى                             
Bohong kepada mereka yang menyatakan cinta padaKu tetapi di malam hari mereka tidur.


BAGAIMANA CARA MENUNAIKAN SOLAT MALAM?

Cara mengerjakan solat malam sangatlah mudah dan didalam riwayat telah diceritakan,solat malam ada 11 rakaat,8 rakaat solat dengan niat solat malam 2 rakaat dengan niat solat syafa’ dan satu rakaat lagi dengan niat solat witir.
Disarankan supaya membaca Alfatihah dan 3 kali surah Al-Ikhlas,surah Alfalaq dan An-nas didalam solat witir
Kemudian angkat tangan kiri sambil tangan mengira bilangan zikir
1.Membaca استغفر الله ربى واتوب اليه        sebanyak 70 kali  dan   العفو  sebanyak 300 kali
2.Sunat juga dibaca  هذا مقا م العائذ بك من النا ر  sebanyak 7 kali.
3.Disarankan juga memohon keampunan kepada 40 orang mukmin dengan menyebut nama mereka,jika tidak mampu menyebut sebutlah 40 kali 
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات                      
4.Selesaikan solat seperti biasa dan selepas solat ucapkanlah Tasbih Fatimah Az-zahra kemudian sujud syukur.


WAKTU SOLAT MALAM.
Solat malam eloklah dikerjakan bermula daripada tengah malam hingga azan subuh semakin dekat dengan waktu subuh semakin besar dan banyak fadhilatnya,jika takut tidak dapat bangun sebelum subuh  boleh juga solat sebelum tidur(sebelum tengah malam) dan jika terjaga sebelum subuh sunat di qada’kan semula.

BAGAIMANAKAH CARA SUPAYA DAPAT BANGUN SOLAT MALAM?
1.Berdoa dan mohon daripada Allah supaya mendapat taufik solat malam dengan menghantar para malaikat untuk mengejutkan hambaNYA untuk solat malam.
2.Elakkan dari melakukan dosa disiang hari
3.Elakkan daripada makan makanan yang berat dimalam hari.
4.Elakkan dari menghabiskan waktu pada perkara-perkara yang tidak berfaedah diawal malam.
5.Membaca doa ini sebelum tidur Insyallah akan terjaga untuk solat malam
اللهم لا تؤمني مكرك ولا تنسني ذكرك ولا تجعلني من الغا فلين
Sesungguh Allah Taala dengan rahmat dan kasih sayangNYA akan menyediakan jalan supaya hambaNYA bangun dimalam hari.Allah akan mengejutkan hambanya 1 kali 2 kali atau lebih,jika berjaya hambaNYA akan bangun  dan jika tidak syaitan akan menjadikan mereka tidak terjaga sampai subuh.











No comments:

Post a Comment