Tuesday, 12 July 2011

KESAN PEMAKANAN DIDALAM SYAKHSIAH KANAK-KANAK


                                                         



Makanan begitu penting didalam membina dan membentuk keperibadian dan syakhsiah kanak-kanak.
Jika permulaan pembentukan janin adalah daripada makanan yang haram atau ibu semasa hamil makan makanan yang haram ini akan membentuk kecelakaan didalam diri janin tersebut,begitu juga kana-kanak yang diberi makan  dari harta dan duit  yang haram.  

Sebelum kelahirannya  Puteri nabi Fatimah Azzahra(as) Rasulullah(saw)  telah diperintahkan oleh Allah Taala  berjauhan dengan  isterinya Sayyidah Khadijah(as) dan pergi ke gua Hira’ untuk beribadah selama 40 hari 40 malam.

Sayyidah Khadijah didalam tempoh ini juga telah diperintah oleh Rasullullah berada dirumah sambil beribadah kepada Allah.

Setelah  genap tempoh 40 hari ,rasullullah(saw) telah diberi perintah oleh Allah Taala untuk kembali kerumah.Pada malam ke 40 datanglah malaikat Jibrail dan membawa pesanan dari Allah Jibrail berkata”wahai Muhammad(saw)  aku datang menyampaikan salam Allah kepadamu dan mengirimkan buah epal  dari syurga ini kepada mu”

Rasulullah(saw) telah  mengambil  epal tersebut dan meletakkannya kedada baginda dan ketika epal tersebut dibelah dua  memancarlah cahaya dari epal tersebut.Jibrail berkata”wahai rasulullah(saw) ini adalah “nurnya” wanita yangmana namanya dilangit adalah “Mansurah” dan dibumi  “Fatimah”.(Biharul anwar jilid 43)

Dari hadis ini  dapat kita saksikan bagaimana terkesannya pemakanan didalam membentuk keperibadian kanak-kanak.
Puteri nabi(saw) FatimahAzzahra(as) terbentuk daripada makanan syurga yang tidak dicemari dengan tangan-tangan yang kotor dunia  maka lahirlah  Fatimah(as) yang memiliki syakhsiah dan keperibadian yang  sangat mulia.

Didalam Al-Quran  juga ada disebut tentang  kesan pemakanan pada kanak-kanak.Allah Taala berfirman didalam surah An-nisa’ (ayat 10).

 ان الذين يأ كلون اموال اليتامى ظلما انما يأ كلون فى بطونهم نا را و سيصلون سعيرا

Sesungguhnya mereka yang memakan harta anak  yatim dengan aniaya sesungguhnya pada hakikatnya mereka memakan api dan memasukkan kedalam perut mereka  dan  mereka akan dimasukkan kedalam api nereka.   

Mereka yang dianugerahkan oleh Allah dengan pandangan “malakut” akan dapat melihat mereka yang memakan harta anak yatim  pada hakikatnya memasukkan api kedalam perut mereka  dan cuba bayangkan bagaimana jika dengan permakanan ini terbentukkan janin  ……..

Bayi yang terbentuk dari  pemakanan yang haram atau harta dan duit yang haram  mengikut tabiat akan terjerumus kepada perkara-perkara yang haram.

Ibu-ibu yang hamil memerlukan makanan yang berkhasiat bagi kesihatan bayi didalam kandungan.
Makanan-makanan seperti   epal,kurma,buah beh amat disarankan kerana akan memberi kesan yang baik untuk bayi didalam kandungan.
 
Rasullullah(saw) bersabda:
Berilah makan kurma kepada ibu-ibu yang hamil kerana bayinya akan menjadi orang yang sabar dan bertaqwa.(makarimul akhlak m/s 87).

Riwayat daripada para maksumin mengatakan “berilah makan buah beh  kepada wanita yang hamil supaya bayinya cantik”

Mengikut kajian  makanan yang dimakan oleh ibu ketika hamil memberi kesan juga  kepada kulit dan wajah bayi  malah kesan kepada warna kulit,rambut ,mata dan anggota-anggota badan yang lain.Jika makanan yang wangi pada zahirnya boleh memberi kesan pada luaran(zahir) kanak-kanak begitu jugalah kesan  pada makanan yang haram dan syubhah sudah pastilah akan memberi kesan yang negatif pada diri kanak-kanak khususnya kepada keperibadian mereka.

Alammah Majlisi telah menceritakan  bahawa beliau pada suatu malam membawa anaknya Muhammad Baqir pergi solat kemasjid,oleh kerana anaknya tidak dibenarkan masuk kedalam masjid Alammah Majlisi menyuruh anaknya duduk dihalaman masjid.

Setelah ayahnya masuk kemasjid ,anak Alamah Majlisi  telah mencucuk jarum pada satu bejana dan bermain dengan air yang keluar dari bejana tersebut.
Setelah solat Alamah Majlisi telah dikhabarkan apa yang telah dilakukan oleh anaknya,beliau sangat susah hati dan kecewa.

Setelah pulang kerumah beliau berkata kepada isternya”aku sangat menitik beratkan didalam urusan makanan dan adab sopan  dari sebelum dan selepas  terbentuknya janin begitu juga sepanjang tempoh pembesaran anak   kita tetapi apa yang berlaku pada hari ini menunjukkan akibat daripada perbuatan salah seorang daripada kita.
 
Isterinya berkata”ketika aku hamil  aku telah pergi kerumah jiran yang mempunyai pokok delima,aku sangat teringin untuk makan buah delima tersebut lantas  aku telah mengambil jarum dan mengucuk buah delima dan menghisap  airnya. 



             
TIPS HARIAN
Makanan yang “syubhah” boleh dinuturalkan dengan ucapan “BismillahirRahmanirRahim” dan "selawat" .














  



No comments:

Post a Comment