1)Rasulullah (saw) bersabda:
”Sayangilah anak-anak kamu kerana ianya akan membawa rahmat kepada kamu.Jika kamu berjanji kepada anak-anak maka tepatilah janji-janji kamu,bagi mereka kamulah pemberi rezeki.
2)Rasulullah bersabda lagi:
Barangsiapa yang mencium anak-anaknya Allah Taala akan menulis kebaikan didalam buku amalannya,barangsiapa yang tidak ada belas kasihan maka tidak akan dikasihani.
3)Rasulullah(saw) bersabda:
Ketika seorang bapa memandang wajah anaknya dan merasa gembira Allah Taala memberi pahala seperti membebaskan hamba.
Sahabat bertanya:walaupun memandang sebanyak 360 kali….
Rasul (saw)menjawab: Allahu Akbar(aitu disisi Allah pahalanya tidak terbilang).
5)Imam Musa Kazim(as) bertanya kepada seorang lelaki:
Adakah kamu mempunyai ayah dan ibu?
Lelaki menjawab:
Tidak.
Imam bertanya lagi:
Adakah kamu mempunyai anak lelaki?
Lelaki menjawab:
Ya ada.
Lantas Imam berkata:
Buat baiklah pada anak lelaki kamu kerana berbuat baik kepada anak sama ganjaran pahalanya seperti berbuat baik kepada ibu bapa.
6)Telah diriwayatkan bahawa Imam Ali(as) telah mencium anak lelaki dihadapan anak perempuannya.
Anak perempuan Imam (as) bertanya:Adakah ayah sayang padanya.
Imam menjawab:
Ya.
Anak perempuan Imam berkata lagi:
Aku sangkakan ayah tidak mencintai dan menyayangi selain dari Allah.
Air mata Imam mengalir bila mendengar kata-kata anak perempuannya,lantas Imam menjawab:
Kecintaan hanya di khususkan pada Allah sahaja tetapi belas kasihah adalah untuk anak-anak.
7)Imam Sadiq(as) berkata:
Rasulullah saw bersabda Allah Taala menurunkan rahmat kepada ayah yang menolong anaknya yang berbuat baik padanya.
Imam sadiq menjawab:
Terimalah pekerjaan yang bersesuai dengan qudrat dan kekuatan dan jangan memberi pekerjaan yang tidak mampu dilakukan dan jangan sesekali berbuat zalim dan berperangai buruk terhadap anak-anak.
8)Ibu bapa dan anak-anak mempunyai hak didalam kecintaan,Allah Taala memberi rahmat kepada mereka yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada anak-anaknya.
9)Ciumlah anak-anak kalian kerana Allah Taala akan memberi satu darjah disyurga pada setiap ciuman.
10)Rasulullah bersabda:Anak-anak adalah jantung hati kami,ketika kanak-kanak mereka seperti komander dan ketika dewasa mereka seperti musuh ( jika hidup menjadi kesengsaraan dan ujian bagi ibubapa dan jika mati menjadi kedukaan kepada ibu bapa).
TIPS HARIAN
Amalkan surah As-shof untuk melembutkan hati anak-anak.
No comments:
Post a Comment