Salam buat semua pembaca sekalian……
Bulan Sya’ban telah sampai kepenghujungnya bagi tahun ini tahun 1432 hijrah saya yakin ramai yang telah mengambil keberkatan dan kemulian bulan ini dengan melakukan amalan-amalan sunat samada puasa,doa,solat dan sebagainya yang sudah pastinya tidak mampu untuk kita lakukan semuanya tapi walau apa pun saya ucapkan tahniah diatas segala usaha yang telah dibuat dan saya berdoa supaya apa jua amalan yang dilakukan akan mendapat perhatian daripada pemilik alam ini dan sama-samalah kita berdoa supaya kita masih lagi dapat mengambil barakah bulan Sya’ban ini ditahun hadapan Insyaallah……
Selamat datang buat bulan yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu bukan sahaja bagi penduduk bumi malah bagi penduduk dilangit,telah diriwayatkan para malaikat sangat gembira pada malam masuknya bulan yang penuh keberkatan aitu bulan ‘Ramadhan Almubarak’
Allah Taala telah berfirman kepada malaikat Ridwan(penjaga pintu syurga) dengan berkata:
Wahai Ridwan tahukah kamu malam ini malam apa?
Malaikat Ridwan menjawab dengan penuh kegembiraan:
Malam ini adalah malam pertamanya bulan ramadhan,pintu-pintu syurga bagi umat Muhammad(saw) yang berpuasa telah terbuka.
Lantas Allah berfirman:
Wahai Ridwan bukalah semua pintu-pintu syurga.
Allah berfirman kepada Malaikai Malik(penjaga pintu neraka):
Wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi umat Muhammad(saw) yang berpuasa.
Allah berfirman kepada Malaikat Jibrail:
Wahai Jibrail turunlah kamu kebumi dan rantaikan syaitan dan pengikutnya dan campakkan mereka diantara ombak-ombak laut supaya mereka tidak mengganggu puasa umat Muhammad(saw).
Salah seorang daripada sahabat bernama Abdul Salam bin Soleh Hirwi yang juga dikenali sebagai Aba Sillah telah pergi berjumpa dengan Imam Ali Ridha(as) pada hari jumaat terakhir bulan Sya’ban.
Imam Ali Ridha(as) berkata:
Wahai Aba Sillah! Bulan Sya’ban akan berlalu dan hari ini adalah hari jumaat yang terakhir dibulan Sya’ban kejarlah sisa-sisa waktu yang ada pada bulan ini.Perbanyakkanlah doa dan istighfar juga bacaan Al-quran,bertaubatlah daripada dosa-dosa kamu supaya kamu masuk pada bulan Allah(Ramadhan) dengan keadaan yang bersih,jika ada amanah yang kamu pikul maka laksanakanlah.
Didalam hati kamu jangan ada perasaan benci dan dendam kepada sesama mukmin,elakkan diri kamu dari terjebak kedalam dosa,bertaqwalah kepada Allah dan sentiasa bertawaqqal kepadaNYA.
Perbanyakkan ucapan “Allahumma Inllam Takun Ghafarta Lana Fiima Madho Min Sya’banin FaghfirLana Fiima Baqa”
Kerana Allah Taala dengan kemulian bulan ini membebaskan sekumpulan manusia daripada api neraka.
Rasulullah(saw) bersabda:
Ramadhan dinamakan Ramadhan adalah kerana dosa-dosa akan terbakar.
Didalam ‘lughat’ Ramadhan membawa maksud ‘batu panas’.
Jika dengan batu panas kaki manusia akan terbakar maka bulan Ramadhan juga bulan yang membakar segala dosa-dosa manusia.
Rasulullah(saw) bersabda:
Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulannya Allah,bulan keberkatan,bulan bertaubat,bulan keampunan,bulan dibebaskan dari api neraka,bulan kesabaran,bulan pengorbanan dan bulan untuk sampai ke syurga.
Imam Sajjad(as) berkata:
Maha suci Allah yangmana salah satu daripada tanda ihsan dan kasih sayangNYA kepada hambanya dengan mengurniakan bulan yang dikenali sebagai bulan Ramadhan-bulan untuk berpuasa,bulan Islam,bulan untuk menyucikan diri dan membersihkan diri dari dosa dan bulan bangkit dan solat malam.
Seorang alim dikalangan Yahudi telah datang berjumpa dengan Rasulullah(saw) dan bertanyakan pahala bagi orang yang berpuasa;
Rasulullah(saw) menjawab:
Setiap mukmin yang berpuasa dengan niat untuk mendapat ganjaran dari Allah maka Allah akan mengurniakannya 7 perkara
1. Daging-daging tubuh yang terbina dari hasil haram akan dihapuskan seperti air mengalir.
2. Dekat dengan rahmat Allah.
3. Dengan puasanya memberi kafarah kepada dosa nabi Adam(ayah bagi semua manusia).
4. Saat-saat kematian(sakaratulmaut) akan senang dan mudah.
5. Puasanya akan memberi keamanan dari lapar dan dahaga di hari kiamat.
6. Buku amalannya akan diberi aman dari api neraka.
7. Akan diberi makan buah-buahan syurga.
No comments:
Post a Comment