Ibnu Abbas telah meriwayatkan hadis dari Nabi Muhammad(saw):
Syurga telah dihias dengan begitu indah dan cantik apabila menjelang bulan ramadhan .Pada malam pertama bulan ramadhan angin telah bertiup dari Arasynya Allah angin ini dikenali sebagai ‘muthirah’,kesan daripada tiupan angin ini daun-daun pokok disyurga telah bergeseran dan menghasilkan satu alunan bunyi yang sungguh indah dan merdu yang tidak pernah didengar oleh mana-mana telinga sekalipun.
Rasulullah(saw) bersabda:
Setiap malam dibulan ramadhan Allah akan memanggil hambanya sebanyak 3 kali
Adakah ada hambaku yang meminta…….kerana aku mahu menunaikan permintaannya.
Adakah ada hambaku yang bertaubat….kerana aku mahu menerima taubatnya.
Adakah ada hambaku yang memohon keampunan dari ku….kerana aku mahu mengampunkannya.
Setiap hari dibulan ramadhan ketika waktu berbuka,Allah Taala membebaskan beribu-ribu manusia daripada api neraka.
Pada malam Jumaat dan hari Jumaat,pada setiap saat dibebaskan kelompok-kelompok manusia daripada neraka Jahannam yang sepatutnya didalam azabnya Allah.
Diakhir ramadhan sebanyak bilangan daripada awal hingga akhir ramadhan yang diampunkan Allah, dibebaskan daripada jahannam.
Pada malam Lailatul Qadar Allah perintahkan Jibrail bersama para malaikat turun kebumi.Jibarail mempunyai 600 ribu sayap,dua sayapnya dibuka hanya pada malam Lailatul Qadar dan keluasannya dua sayap ini adalah dari barat ketimur.
Jibrail dan para malaikat menjenguk setiap manusia dibumi dan akan memberi salam kepada mereka yang didalam keadaan solat,berzikir dan berdoa juga malaikat bersalam dan mengaminkan doa-doa mereka sehinggalah terbit matahari kemudian jibrail kembali semula kealam ‘malakut’.
Para malaikat bertanya kepada Jibril:
Wahai Jibrail balasan Allah pada permintaan orang-orang mukmin ini?
Jibrail menjawab:Yakinlah bahawa Allah Taala memberi perhatian yang khusus kepada hambanya dimalam tersebut dan menghapuskan segala dosa dan semuanya akan berada didalam naungan rahmat Allah kecuali 4 golongan
· Mereka yang selalu minum arak
· Mereka yang menyakiti hati ibubapa
· Mereka yang memutuskan silaturrahim
· Mereka yang didalam dirinya ada sifat hasad dengki,cemburu,irihati dan benci .
Hammad bin Osman meriwayatkan hadis dari Imam Sodiq(as) dan hadis ini datangnya dari rasulullah(saw) bersabda:
Pada malam aku dibawa bermikraj kelangit ku telah memasuki syurga dan terdapat satu istana yang dibuat daripada delima merah yang bersinar cahayanya dan kelihatan dari dalamnya ada 2 kubah yang perbuat dari dur dan mutiara
Aku bertanya kepada Jibrail milik siapakah dua istana ynag indah ini ?
Jibrail menjawab istana ini milik mereka yang mempunyai tiga keistimewaan ini;
· Kata-kata yang bersih.
· Sentiasa berpuasa
· Memberi makan .
· Menghidupkan malam ketika semua orang tidur.
Imam Ali bertanya dikalanga umat mu sipakah yang mempunyai kemampuan tersebut?
Rasulullah bersabda:
Adakah kamu tahu maksud kata-kata yang bersih itu apa?
Aku menjawab hanya Allah dan rasul sahaja yang tahu
Rasulullah bersabda:Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallahhi Walhamdulillahi Walailaha Illallahu wallahu Akbar –inilah kata-kata yang bersih.
Adakah kamu tahu apakah maksud sentiasa berpuasa?
Aku menjawab hanya Allah dan rasul yang tahu
Rasul bersabda:Barangsiapa yang berpuasa pada bulan kesabaran(bulan ramadhan) dan tidak meninggalkannya walaupun satu hari.
Adakah kamu tahu apakah maksud memberi makan?
Aku menjawab hanya Allah dan rasul yang tahu
Rasulullah(saw) bersabda:Barangsiapa yang menyediakan keperluan ahli keluarganya sehingga ahli keluarganya tidak meminta-minta dari orang lain.
Adakah kamu tahu maksud menghidupkan malam didalam keadaan manusia tidur?
Mereka adalah yang tidak tidur selagi tidak mengerjakan solat isyaknya pada waktunya didalam keadaan orang-orang Yahudi dan Musyrikin tidur diantara dua solat ini.