Terdapat banyak ungkapan-ungkapan kata-kata daripada nabi Muhammad tentang keperibadiannya puteri baginda Fatimah Azzahra(as) yang menunjukan bahawa sayyidah Fatimah Azzahra(as) mempunyai maqam dan kedudukan yang tinggi.Rasulullah menyambut kedatangan puterinya setiap kali puteri kesayangannya berkunjung kerumah baginda dengan mencium tangan puterinya ini menggambarkan bahawa puteri nabi ini mempunyai kemulian dan barakah yang begitu besar didalam Islam.
Terdapat persoalan yang timbul apakah yang menyebabkan puteri nabi FatimahAzzahra(as) mempunyai kedudukan yang begitu besar dan kemulian yang begitu tinggi yangmana rasulullah telah menggambarkan shahsiahnya yang besar didalam sabda baginda “ فا طمة بضعة منى فمن اغضبها فقد اغضبنى “ Fatimah adalah cebisan daripada badanku barangsiapa yang menyebabkan beliau marah seperti menyebabkan aku marah”
Fatimah(as) adalah cebisan dari badanku telah ditafsir dan diterjemahkan bahawa Fatimah bukan sahaja cebisan dari tubuhnya nabi Muhammad(saw) bahkan cebisan daripada kewujudannya rasul samada dari segi jasmani atau rohani.
Ungkapan dan kata-kata sedemikian tidak pernah diungkapkan dan diucapkan kepada sesiapa pun daripada kalangan keluarga baginda hatta kepada anak-anak baginda yang lain,walaupun rasullah mencintai dan menyayangi anak-anaknya yang lain dan kesedihan anak-anaknya merupakan kesedihan baginda juga tetapi tidak diungkapkan kata-kata sebagaimana ungkapannya pada puterinya Fatimah(as).
Mengikut kajian dan penelitian yang telah dibuat terdapat empat faktor utama mengapa kedudukan Fatimah Azzahra(as) begitu mulia dan tinggi;
Faktor yang pertama ialah,asal kejadiannya Fatimah(as) adalah daripada buah disyurga, terbentuknya nutfah Fatimah(as) adalah dari makanan yang bersih dari tangan-tangan manusia yang kotor dan tidak mempunyai pengaruh duniawi.
Faktor yang kedua ialah,Keikhlasan Fatimah(as) dan meletakkan segala perbuatannya hanya kerana Allah Taala semata-mata.Keseluruhan amalan dan perbuatanya bermula dari makan,minum ,memakai pakaian,perkahwinan,urusan rumahtangga,penjagaan anak-anak dan segala-galanya mempunyai warna ketuhanan . قل ان صلا تى ونسكى ومحيا ى ومما تى لله رب العا لمين(الانعام 162)
“(Wahai Muhammad) katakanlah sesungguhnya solatku dan ibadahku,hidupku dan matiku adalah kerana Allah Taala” .
Telah bertanya Badil bin Ahmad kepada Husian bin Ruh(Naib Imam Mahdi (aj)yang terakhir)Rasulullah mempunyai berapa orang puteri?jawab Husin bin Ruh:empat orang puteri.Badil bertanya lagi:Manakah diantara mereka yang lebih baik?Husin menjawa b:Fatimah(as) Badil bertanya lagi:Kenapakah Fatimah(as) yang paling mulia sedangkan umur beliau paling muda?Husin bin Ruh menjawab:Disebabkan dua perkara,pertama Fatimah (as) adalah warisnya nabi dan keturunan nabi berterusan melalui beliau dan kedua,Keikhlasannya yangmana beliau mengenal Allah dengan hati dan pemikiran beliau.
Imam Baqir menceritakan bahawa rasul telah mengutuskan Salman kerumahnya Fatimah(as) untuk menyampaikan pesanan.Salman memberi salam ketika sampai dipintunya rumah Fatimah(as),Salman mendengar Fatimah sedang membaca Al-Quran dan batu pengisar dengan sendirinya berpusing mengisar tepung ,Salman terus kembali kepada rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku,rasulullah tersenyum dan bersabda
يا سلمان ان ابنتى فا طمة ملا الله قلبها وجوارحها ايما نا الى مشاشها تضرغت لطا عة الله فبعث الله ملكا اسمه زو قا بيل فا دار لها الرحى وكفا ها الله مؤنة الد نيا مع مؤنة الا خرة
Wahai Salman keimanan dan aqidah Puteri ku Fatimah(as) kepada tuhan adalah dari hati dan dalam keseluruhan anggota badannya dan beliau hanya menumpukan perhambaan kepada tuhan,Allah telah menghantar malaikat yang bernama Zuqabil untuk mengisar kisaran tepung dan Allah mencukupkan baginya keperluan didunia dan diakhirat.(Biharu Anwar jilid 43 m/s 46)
Daripada sabda nabi dan jawapan yang diberi oleh Husain bin Ruh dapat disimpulkan bahawa faktor yang terpenting Fatimah(as) dikatakan wanita yang mulia daripada wanita-wanita lain dialam ini adalah kerana keikhlasannya dan dalamnya keimanan dan aqidah beliau kepada Allah Taala.
Faktor yang ketiga ialah Ketaatan yang mutlak kepada perintah agama Islam dan rasul.Fatimah(as) mendahulukan urusan Allah dan rasul dari urusanya sendirinya.Fatimah(as) cukup kuat berpegang kepada segala hukum hakam yang telah diperintahkan oleh Allah begitu juga perintah rasul,ketaatannya kepada rasul jelas terpancar didalam kata-kata dan tingkah lakunya.
Imam Baqir(as) telah meriwayatkan bahawa Fatimah(as) dan Imam Ali(as) telah bersetuju membahagikan urusan rumahtangga aitu urusan didalam rumah seperti memasak,menyapu dan lain-lain akan diuruskan oleh Fatimah(as) manakala urusan diluar rumah adalah dibawah tanggungjawabnya Imam Ali(as).Suatu hari ketika Imam Ali(as) pulang kerumah Imam Ali(as) bertanya:Wahai isteriku Fatimah adakah terdapat makanan dirumah ini?Fatimah(as) menjawab:Wahai suamiku sesungguhnya telah tiga hari rumah ini tiada makanan.Imam Ali(as) berkata :kenapa tidak dikhabarkan kepada ku wahai isteriku?lantas Fatimah(as) menjawab rasulullah melarang aku dari meminta-minta darimu,ayahanda ku berkata jangan sesekali meminta-minta dari suamimu,jika suamimu membawa pulang sesuatu terimalah dan jika tidak janganlah kamu meminta-minta.
Ketaatan Fatimah(as) kepada perintah rasul begitu tinggi sehingglah kesan daripada ketaatan ini dapat dilihat pada suatu hari Imam Ali(as) telah keluar bagi mencari makanan untuk keluarganya,Imam Ali(as) telah meminjam wang daripada salah seorang penduduk Madinah ,didalam perjalanan pulang beliau bertemu dengan Miqdad ,setelah bertanya khabar Miqdad berkata :aku tidak mempunyai makanan dan aku datang mahu meminjam sedikit wang untuk membeli makanan,Imam Ali(as) menjawab:aku dahulukan dirimu dari diriku lantas Imam memberi wang yang dipinjam tadi kepada Miqdad,Imam Ali(as) pulang kerumah dan dilihat rasulullah sedang duduk manakala isterinya Fatimah(as) sedang solat dan diantara rasul dan Fatimah(as) ada satu bekas yang tertutup,setelah Fatimah(as) selesai solat beliau membuka bekas yang tertutup tadi dan dilihat satu hidangan roti dan daging ,Imam Ali(as) bertanya:Wahai isteriku makanan ini datangnya dari mana?Fatimah(as) menjawab makanan ini Allah Taala yang menghantarnya.
ان الله يرزق من يشاء بغير حسا ب
Sesungguh Allah memberi rezeki tanpa hisab atau hitungan.
Lantas rasulullah bersabda kepada Imam Ali(as)
Kamu seumpama Zakaria ketika beliau masuk ,Maryam berada di Mihrab sedang beribadah dan disisinya ada hidangan makanan lalu Zakaria bertanya: Wahai Maryam makanan ini datangnya dari mana?Maryam menjawab:datang dari Allah,Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa hitungan atau tanpa ukuran,satu bulan hidangan makanan tersebut dapat dimakan dan hidangan itulah yang dimakan oleh Imam Mahdi(aj) dan hidangan tersebut ada disisi kami(ahlilbait).
Fatimah(as) bukan sahaja mendengar perintah dan kata –kata rasul(saw) bahkan beliau cukup menjaga perbuatan dan kelakuan beliau supaya tidak menyalahi perintah Allah dan rasul.
Imam Ali(as) mendapat bahagian daripada pembahagian harta rampasa perang lalu membawa pulang Harta rampasan tersebut adalah terdiri dari barang kemas(gelang,rantai dan anting-anting).Sudah menjadi kebiasaan rasul apabila pulang dari musafir akan mengunjungi rumah puterinya Fatimah(as),ketika mahu memasuki rumah puterinya baginda melihat longgokan harta rampasan perang didalam rumahnya Fatimah(as),rasul lantas berpaling dengan muka yang marah dan terus berlalu kemasjid dan duduk berhampiran dengan mimbar.Fatimah(as) sedar kemarahan ayahandanya adalah kerana melihat harta rampasan perang tersebut dirumahnya lalu beliau mengambil barang kemas tersebut dan mengirimkan kepada ayahandanya dimasjid,apabila barang kemas tersebut sampai kepada rasul,tiga kali rasul bersabda:semuga ayahnya berkorban untuknya(ungkapan didalam bahasa arab yang menunjukkan kegembiraan nabi terhadap perbuatan puterinya Fatimah(as).
Faktor yang keempat ialah Fatimah(as) adalah merupakan seorang hamba yang begitu asyik beribadah kepada tuhannya yang satu,ini jelas tergambar ketika beliau sedang beribadah di mihrab
كا نت فا طمة(ع) تنهج فى صلا تها من خوف الله تعا لى
Fatimah (as) terketar-ketar didalam solat disebabkan takutnya kepada Allah
Imam Hassan(as) berkata:pada malam-malam jumaat aku melihat ibuku beribadah di mihrab sehinggalah waktu subuh dan aku mendengar ibuku mendoakan pada semua mukminin dan mukminat dengan menyebut nama-nama mereka dan aku tidak mendengar ibuku berdoa untuk dirinya sendiri,lantas aku bertanya:wahai ibu kenapa ibu begitu mendoakan orang lain sedangkan tidak mendoakan untuk diri ibu sendiri?Ibuku menjawab يا بنى الجا ر ثم الدار
Wahai anakku pertama doakan jiran kemudian barulah keluarga
Inilah faktor-faktor yangmana Fatimah(as) diangkat oleh AllahTaala kepada kedudukan yang tinggi dan dengankelayakan itulah Fatimah(as) adalah diantara manusia yang pertama disi Allah yang mempunyai keistimewaan daripada insan-insan yang lain.Didalam ziarat Fatimah(as) kita membaca:
السلا م عليك يا ممتحنة امتحنك الذى خلقك فوجدك لما امتحنك صا برة
Salam keatas mu wahai wanita yang telah diuji,diuji oleh tuhan yang menciptamu dan kamu bersabar diatas ujian tersebut.
Jika tiadanya Imam Ali (as) maka tiada sesiapa pun yang layak menjadi pasangannya Fatimah (as).
Wallahua’lam
Wiladah Fatimah Azzahra 2011/1432
16 mei 2011.
Menu pilihan hari ini :
Seekor ayam
Satu tin tomato puri (sederhana besar)
Satu sudu besar serbuk kunyit
Tiga biji bawang besar Holland (potong empat)
Garam secukup rasa
Untuk hiasan french fries digoreng
Cara-cara membuat:
Campurkan ayam tadi dengan satu tin tomato puri,satu sudu besar serbuk kunyit,bawang besar dan garam secukup rasa.Akhir sekali tambahkan air mengikut paras ayam, tutup dan biarkan selama 15 atau 20 minit setelah masak taburkan frnch frise yang telah digorengkan tadi dan boleh dihidangkan.
Masak merah ayam timur tengah
Bahan-bahannya :Seekor ayam
Satu tin tomato puri (sederhana besar)
Satu sudu besar serbuk kunyit
Tiga biji bawang besar Holland (potong empat)
Garam secukup rasa
Untuk hiasan french fries digoreng
Cara-cara membuat:
Campurkan ayam tadi dengan satu tin tomato puri,satu sudu besar serbuk kunyit,bawang besar dan garam secukup rasa.Akhir sekali tambahkan air mengikut paras ayam, tutup dan biarkan selama 15 atau 20 minit setelah masak taburkan frnch frise yang telah digorengkan tadi dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment