Friday, 27 May 2011

PESANAN BUAT PARA WANITA

                                        
Imam Ali(as) berkata:
Aku dan isteriku Fatimah(as) masuk berjumpa rasulullah(saw),kami melihat rasulullah sedang menangis teresak-esak,lantas aku bertanya:wahai rasulullah  apakah yang membuat anda menangis begini?rasulullah bersabda:wahai Ali ketika aku bermikraj kelangit aku melihat umatku dikalangan wanita didalam azab yang pedih dan aku tidak mengenali mereka, aku menangis kerana  melihat azab yang ditanggung oleh mereka.kemudian rasul bersabda:
1.       Aku melihat wanita yang rambutnya digantung dan dibakar sehingga otaknya menggelegak
2.       Aku melihat wanita yang digantung lidahnya  dan terkeluar lidah dari halqum.
3.       Aku melihat wanita yang digantung buah dadanya.
4.       Aku melihat wanita yang diikat kedua kakinya dan digigit oleh ular dan kala jengking.
5.       Aku melihat wanita yang memakan daging badannya sendirinya  dan keluar api dari mulutnya.
6.       Aku melihat  wanita yang yang buta,pekak dan bisu berada didalam keranda yang diperbuat daripada api neraka,terkeluar otaknya dan badan seperti pesakit kusta atau sopak.  
7.       Aku melihat wanita yang diikat dua kakinya dan dibakar dengan api neraka.
8.       Aku melihat badannya digunting dari arah belakang dan depan.
9.       Aku melihat wanita yang terbakar tangan dan badannya didalam keadaan dia memakan isi perutnya.
10.    Aku melihat wanita yang kepalanya kepala khinzir,badannya badan keldai dan beribu-ribu jenis azab menimpanya.
11.    Aku melihat yang wajahnya berupa anjing,dan keluar api dari belakangnya dan malaikat memukulnya  dengan tukul besi api.
Selepas itu Fatimah(as) berkata kepada ayahandanya:Wahai ayahanda khabarkanlah kepada aku apakah perbuatan wanita-wanita ini yang menyebabkan mereka diazab sedemikian rupa.
Rasulullah bersabda:
1.       Wanita yang digantung rambutnya adalah mereka yang tidak menutup rambutnya daripada pandangan orang bukan mahram.
2.       Wanita yang lidahnya digantung ialah kerana mereka  menyakiti suaminya dengan lidahnya
3.       Wanita yang digantung buah dadanya adalah kerana mereka menolak untuk bersama(bersetubuh)dengan suaminya.
4.       Wanita  yang diikat kedua kakinya kerana keluar rumah tanpa keizinan suami.
5.       Wanita  yang memakan daging badannya sendiri adalah yang wanita yang berhias  untuk orang bukan mahram.
6.       Wanita  yang kaki dan tangannya diikat dan digigit oleh ular dan kala jengking  adalah kerana mengambil wudhuk didalam keadaan  najis ,memakai pakaian yang najis  dan melakukan ibadah didalam  keadaan tidak melakukan mandi janabah dan haid dan wanita yang malas dan lalai didalam menunaikan solat.
7.       Wanita yang buta, bisu dan pekak  adalah wanita melahirkan anak daripada hasil zina dan meletakkannya dibawah  tanggungjawab suaminya.   
8.       Wanita yang mengguntingkan badannya dengan gunting kerana  mempamerkan dirinya pada lelaki.
9.       Wanita yang muka dan tangannya hangus terbakar dan memakan isi perutnya adalah kerana perbuatanya bertentangan dengan kemulian dan kesopanan sebagai seorang wanita.
10.    Wanita yang kepalanyanya berupa khinzir dan badannya berupa keldai adalah kerana wanita tersebut seorang penghasut dan pembohong.
11.    Wanita yang mukanya menyerupai anjing adalah kerana menyanyi   dan mempunyai sifat  hasad dengki.

Kemudian rasul bersabda:”Celakalah bagi wanita yang menyakiti  suaminya dan berbahagialah kepada wanita  yang suaminya redha padanya”.




Menu hari ini :

Ayam Bakar Bonda

Bahan-bahannya :

Seekor ayam dibelah empat
5 biji bawang merah
Tiga ulas bawang putih
1/2 sudu besar kunyit
Garam secukup rasa
Satu inci halia

Cara-cara membuatnya :

Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan halia kemudian lumurkan pada ayam berserta garam dan kunyit kemudian kukus ayam tadi sehingga separuh masak,angkat dan bakar dengan menyapu mentega atau marjerin diatas ayam tadi setelah masak boleh lah dihidangkan.Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment