Taubat ialah apabila seseorang yang telah melakukan kesalahan dan dosa menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan,memohon keampunan kepada tuhan dan berjanji tidak akan mengulangi nya pada masa akan datang.
Apabila seseorang hamba telah bertaubat dan memohon keampunan pada Allah,Allah pasti akan mengampunkannya kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pengampun.
Allah Taala berfirman:
وتو بوا الى الله جميعا ايها المؤمنون لعلكم تفلحو ن
Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenanagan-(Surah Nur 31).
Sebanyak mana dan sebesar mana dosa sekali pun jika betul-betul menyesal dan berazam tidak akan mengulanginya lagi sudah pastilah Allah akan menerima taubat hambanya.
Imam Ali berkata:
التو بة تطهر القلو ب وتغسل الذنوب
“Taubat membersihkan hati dan menyucikan dosa-dosa”.
Rasulullah juga bersabda:
Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah apabila hambanya dari kalangan lelaki dan wanita memohon taubat kepadaNYA.
Allah Taala berfirman didalam Al-quran didalam surah Al-Syura ayat 25
وهو الذى يقبل التوبة عن عبا ده
“ Dan Dia yang menerima taubat dari hamba-hambanya”
Allah juga telah memberi perhatian yang begitu istimewa pada orang-orang yang bertaubat didalam firmannya didalam surah Al-baqarah ayat 222:
ان الله يحب التوابين
“Sesungguhnya Allah mencintai dan menyukai orang-orang yang bertaubat”.
Terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis yang tidak terhitung banyaknya yang diriwayatkan daripada Rasulullah(saw) dan para Imam(as) yang menyatakan betapa Allah Maha Pengampung dan penerima taubat hambaNYA,tidak kira samada dosa yang dilakukan sedikit atau banyak,besar atau kecil,jika hambanya bertaubat dengan bersungguh-sungguh maka sudah pastilah Allah akan mengampunkannya.
Ada dikalangan mereka yang telah melakukan dosa dan kesalahan berkata dengan linangan air mata dan suara yang tersekat-sekat “apa yang perlu aku lakukan supaya aku bersih dari dosa-dosaku”
Ketahui bahwa air mata yang mengalir dan penyesalan yang ada itulah sebenarnya membawa kepada suci dan bersihnya dosa-dosa mereka.
Dosa-dosa seperti meninggalkan solat,puasa disamping bertaubat dan menyesal hendaklah menqada’kan semula apa yang telah ditinggalkannya.
Seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah(saw) dan berkata:
Ya Rasulullah!aku telah melakukan banyak dosa dan aku mahu bertaubat.
Rasulullah telah memberi panduan kepada lelaki tersebut aitu salah satu daripada syarat taubat ialah mestilah melakukan satu kebaikan supaya dosa disucikan dan ampunkan oleh Allah sepenuhnya.
Rasul(saw) bertanya:
Adakah kamu masih mempunyai ayah dan ibu?
Lelaki menjawab:Hanya ayah ku masih hidup
Rasul(saw) bersabda:Pergilah kepada ayah mu dan berbuat baiklah kepadanya.
lantas lelaki tersebut terus berlalu dan Rasulullah(saw) bersabda:
Alangkah baiknya jika ibunya masih hidup dan dia dapat berkhidmat kepada ibunya.
Rasulullah telah memberi panduan kepada lelaki tersebut aitu salah satu daripada syarat taubat ialah mestilah melakukan satu kebaikan supaya dosa disucikan dan ampunkan oleh Allah sepenuhnya.
Rasul(saw) bertanya:
Adakah kamu masih mempunyai ayah dan ibu?
Lelaki menjawab:Hanya ayah ku masih hidup
Rasul(saw) bersabda:Pergilah kepada ayah mu dan berbuat baiklah kepadanya.
lantas lelaki tersebut terus berlalu dan Rasulullah(saw) bersabda:
Alangkah baiknya jika ibunya masih hidup dan dia dapat berkhidmat kepada ibunya.
Setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan dan dosa,masih belum terlambat untuk kembali kejalan yang benar dan menyesali kesilapan yang ada.
Bertaubatlah,
Betapa dekatnya kita dengan kematian tetapi merasakan kematian masih jauh maka kita leka dan lalai…………………………
Sunat membaca
الحمد الله الذي احيا نى بعد ما اما تنى
Didalam sujud yang pertama selepas terjaga dari tidur untuk solat malam.
Kita yang lalai dan lupa kepada kematian…. tetapi ada mereka diantara kita yang sentiasa menunggu-nunggu saat kematiannya………………………………
No comments:
Post a Comment