Sunday, 23 October 2011

DOSA,MENGHITAMKAN DUA DUNIA……




Jihad adalah diantara perkara yang dituntut didalam agama Islam.
Jihad melawan hawa nafsu adalah dikira sebagai “Jihadul akbar”(Jihad yang besar).

Bukan senang untuk berperang memerangi hawa nafsu sendiri,disebelah kanan,kiri,atas,bawah dan pendek kata semua sisi ada pelbagai tarikan kearah maksiat dan kejahatan.
Jika keimanan menebal didada,pandangan mata dapat ditundukkan,pendengaran dapat ditulikan,mulut dapat dikuncikan dan tarikan kearah maksiat dan kejahatan dapat dikawal,itu kalau mereka yang meletakkan agama dan tuhan dihadapan tapi jika tidak maka tergodalah dengan tarikan tersebut dan hanyutlah entah kemana bersama nafsu  dan dosa yang disertai dengan tawa dan hilaian syaitan yang menepuk tangan tanda gembira kerana telah berjaya mengoda anak Adam.

Wahai anak-anak remaja(termasuk yang dewasa juga……) jika datang godaan syaitan yang mahu menarik kearah kejahatan dan berbuat dosa serta maksiat ,gunakanlah aqal bagi menggantikan perasaan dan letakkanlah tuhan dan agama dihadapan dan perangilah godaan ini,maka inilah yang dinamakan “jihadul akbar”.

Jihadul akbar berarti jihad yang besar ….perlu berusaha untuk melakukan jihad yang besar ini,kenapa perlu melawan hawa nafsu  ….ini adalah kerana dosa hasil dari maksiat dan kejahatan  dorongan hawa nafsu ini  bukan sahaja menghitamkan kita didunia malahan  juga diakhirat.

Dosa bukan sahaja mencengkam kehidupan manusia  bahkan juga akan disusuli dengan bala bencana,kefaqiran,musibah dan pelbagai jenis penyakit,ini semua adalah kesan daripada dosa yang dilakukan oleh manusia.

Imam Ali(as) didalam doa Kumail yang dibaca pada setiap malam jumaat berkata:
“Wahai Tuhanku,ampunkanlah dosa-dosaku yang menyebabkan penghalang kepada kabulnya doaku,ampunkan dosa-dosaku yang menyebabkan turunnya bala,ampunkan dosa-dosaku yang menyembabkan datangnya kesedihan dan kesengsaraan…….  “

Banyak bencana dan kesulitan serta kesengsaraan yang berlaku kepada manusia didalam masyarakat adalah hasil dan kesan daripada kejahatan dan maksiat yang dilakukan oleh mereka.

Imam Ali Redha(as) berkata:
“Setiap kali manusia berbuat dosa yang baru maka Allah akan menurunkan bala yang baru kepadanya”.

Imam Sodiq(as) berkata:
“Setiap bala dan musibah yang berlaku kepada manusia adalah kesan daripada dosa-dosa yang dilakukannya”.
Rasulullah(saw) bersada:
“Jauhilah daripada berbuat dosa,kerana dosa akan menghapuskan perbuatan-perbuatan baik  kamu  dan kadang-kadang menjadi halangan kepada peningkatan ilmu seseorang”.

Hayatilah kata-kata Imam Sodiq(as):
“Setiap kali manusia berbuat dosa,akan timbullah satu titik hitam didalam hatinya dan jika dia bertaubat maka bersih dan hilang titik hitam tersebut tetapi jika  dia menambahkan lagi dosanya maka titik hitam tersebut akan memenuhi dan menutupi hatinya sehinggalah  hatinya akan menyongsang dan akhirnya  sama sekali tidak akan selamat.

Sama-samalah kita berdoa supaya dipelihara daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat dan perintah-perintah Allah.
Ya Allah lindungilah kami dan keluarga serta keturunan kami juga semua mukminin dan mukminat daripada kejahatan dan hasutan syaitan serta iblis…..Amin.

Hayati kata-kata Imam Jaafar Sadiq(as) :
المؤ من بين مخا فتين:ذنب قد مضى لا يدرى ما صنع الله فيه وعمر قد بقى لا يدرى ما يكتسب فيه
Orang-orang mukmin akan risaukan dua perkara,pertama kepada dosa lampaunya tidak tahu apa  tuhan akan lakukan kepadanya dan kedua kepada sisa-sisa umur yang masih ada dia tidak tahu apakah  akan dilakukan dengan sisa-sisa umur  tersebut.

No comments:

Post a Comment