Add caption |
Salah satu daripada masalah dan boleh juga dikatakan bencana yang melanda didalam masyarakat kini adalah hubungan terlarang antara lelaki dan wanita yangmana telah membawa kepada kerosakan masyarakat dan runtuhnya institusi kekeluargaan malah boleh meruntuhkan sesebuah negara.
Hasil daripada hubungan terlarang dan bebas ini lahirlah anak-anak luar nikah bersepah-sepah dimerata-rata tempat.Bayi-bayi yang tidak berdosa yang dilahirkan daripada hubungan terlarang dan bebas ini dibuat sesuka hati,ada yang dibuang ditepi-tepi jalan,ditinggalkan dimasjid dan surau ,diletakkan di hadapan rumah-rumah malah ada yang dibuang kedalam longkang dan yang lebih dahsyat lagi ada bayi ini dilontarkan dari tempat tinggi kedalam longkang dan yang paling menyayat hati ada yang tergamak menikam perut bayi kecil sehingga terkeluar isi perut dan mengelar anggota-anggota badan yang lain,bayangkanlah bayi yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa diperlakukan sedemikian rupa,alangkah
zalimnya manusia diakhir zaman ini………….
zalimnya manusia diakhir zaman ini………….
Kita ada agama…..dan agama kita adalah AGAMA ISLAM yang amat menjaga kehormatan dan kemulian manusia.
Kedudukan manusia adalah lebih tinggi dan mulia daripada binatang,oleh yang demikian hubungan lelaki dan wanita bukanlah seperti hubungan jantan dan betinanya haiwan…...
Kebebasan didalam hubungan amatlah menyeronokkan tetapi akibatnya........
Kebebasan didalam hubungan amatlah menyeronokkan tetapi akibatnya........
Islam telah menetapkan hubungan lelaki dan wanita mestilah melalui ikatan yang sah yang dipanggil ikatan ‘perkahwinan”.
Melalui perkahwinan hubungan antara lelaki dan wanita boleh diteruskan dengan aman dan tenang,zuriat-zuriat yang dilahirkan adalah zuriat yang berkat dan suci hasil daripada ikatan yang diperintahkan oleh Allah.
Sebarang hubungan kelamin antara lelaki dan wanita tanpa ikatan ini adalah dipanggili sebagai “ZINA”.
Allah Taala telah memberi amaran yang jelas tentang perbuatan zina didalam Al-quran,
ولا تقربوا الزنا انه كا ن فا حشة وساء سبيلا
Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat(Al-Isra’-32).
Perkataan ‘keji’ disini mengambarkan dengan jelas bahawa zina ini adalah satu perbuatan yang amat terkutuk , larangan kearah mendekati zina sangat ditekankan malah berfikir kearah zina pun perlu dielakkan kerana ianya adalah satu dosa yang amat besar disisi Allah.
Rasulullah bersabda:
الزنا من اكبر الكبا ئر
Zina adalah dosa yang paling besar daripada dosa-dosa besar.
Imam Sodiq(as) berkata:
Pada hari kiamat,golongan yang mendapat azab yang teruk daripada orang lain adalah mereka yang meletakkan air maninya kedalam rahim wanita yang bukan mahram(zina).
Nabi Musa(as) berkata:
لكل عضو حظ من الزنا ايما امرئة استعطرت و خرجت يوجد ريحها فهى زا نية وكل عين زانية
Setiap anggota badan ada zina,wanita yang meletakkan haruman dibadannya dan bauan tersebut dihidu oleh bukan mahram ketika keluar dari rumah maka dia telah melakukan zina dan setiap mata yang dipandang pada bukan mahran juga telah melakukan zina.
Rasulullah(saw) bersabda:
Allah Taala amat murka kepada wanita yang memandang lelaki bukan mahram (dengan pandangan berahi),perbuatannya ini akan menyebabkan segala amalan kebaikannya terhapus dan jika wanita ini melakukan hubungan kelamin dengan bukan mahram,maka Allah akan membakarnya didalam neraka
Imam Sodiq(as) berkata:
Tiga golongan yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang Allah dihari kiamat dan diberi azab yang sangat dashyat,salah satu daripadanya ialah wanita yang membawa lelaki bukan mahram ketempat tidur suaminya.
Rasulullah(saw) bersabda:
Beberapa perkara jika masuk kedalam rumah kamu nescaya rumah kamu akan binasa: khianat,mencuri,minum arak dan berzina.
Imam Ali(as) berkata:
Zina boleh menyebabkan kematian mengejut.
Imam Sodiq(as) berkata:Jika perbuatan zina berleluasa maka gempa bumi akan banyak berlaku.
Imam Sodiq(as) berkata:Allah Taala telah memberi wahyu kepada nabi Musa(as) supaya disampaikan kepada Bani Israil:
Janganlah kamu berzina kerana jika kamu berzina nescaya isteri-isteri kamu akan berzina dengan lelaki lain,barangsiapa yang masuk kedalam bilik tidur orang lain maka bilik tidur kamu akan dimasuki orang lain juga.
Apa yang kamu perlakukan pada orang lain maka perbuatan itulah yang akan dilakukan kepada kamu.
Jagalah pandangan kamu pada wanita lain supaya orang lain juga menjaga pandangannya pada isteri kamu.
Semuga Allah dan para maksumin melindungi diri kita,anak-anak dan keluarga kita daripada perbuatan keji ini.Amin……
Apakah peranan kita ...............(sila bagi pandangan anda dan emailkan pada srikandi karbala@gmail.com)
No comments:
Post a Comment