Sunday, 30 October 2011

HIJAB BOLEH MENYELAMATKAN MASYARAKAT.





Tidak ramai yang tahu falsafah atau rahsia disebalik kepentingan hijab atau bahaya dan mudharatnya pada yang tidak berhijab dan memakai hijab yang tidak sempurna..

Manusia secara fitrahnya memperakui bahawa hijab atau menutup aurat bagi wanita adalah satu jalan yang paling baik untuk melindungi dan menjaga kehormatan wanita.

Bila Allah meletakkan hijab atau tutupan buat wanita ini bermakna Allah mahu meletakkan wanita didalam keadaan yang aman tanpa gangguan daripada kejahatan-kejahatan .

Jika undang-undang manusia telah menetapkan setiap pemandu mesti memakai tali pinggang keledar dan bagi penunggang motor pula topi keledar,ini adalah tidak lain tidak bukan untuk menjaga keselamatan semua pemandu dan penunggang motor.

Jika ada pihak yang mempertikaikan undang-undang ini bermakna mereka menolak satu perkara yang telah diperakui oleh semua manusia  aitu menjaga "keselamatan'.

Begitu juga didalam masalah hijab dan tutupan yang diperintahkan oleh Allah bagi wanita.Sesiapa yang menolak hukum hijab dan tutupan ini samalah juga seperti membiarkan diri terdedah pada segala kejahatan dan bahaya.

Orang yang beraqal  dan berfikiran waras boleh berfikir tentang perkara ini.

Islam adalah agama yang menentang segala bentuk  kerosakan akhlak dan kemungkaran  didalam masyarakat,kerana kemungkaran dan kerosakan boleh menghalang dan penyebab terbantutnya perkembangan dan kemajuan  manusia.
 Apabila manusia dibelenggu oleh nafsu syahwat dan hawa nafsu terutama para remaja dan muda mudi mengheret mereka kearah perkara yang negatif dan  kewujudan mereka tidak akan memberi faedah kepada masyarakat sama sekali.
.
Oleh yang demikian segala pergerakan dan tingkah laku yang boleh membawa kearah kerosakan dan syahwat mestilah dibendung terlebih dahulu seperti tidak memakai hijab dan tutupan,tutupan yang tidak sempurna,mempamerkan kecantikan dengan dandanan dihadapan bukan mahram ,percampuran dan pergaulan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan,memakai wangi- wangian bagi wanita dan sebagainya,perkara-perkara ini jika tidak dijaga akan menjadi punca berlakunya pelbagai maksiat dan kerosakan didalam masyarakat.

  Pemakaian hijab yang sempurna adalah kaedah atau cara  yang boleh menjaga  dan menyelamatkan masyarakat daripada jatuh  dan terheret kearah  maksiat dan kejahatan.
Allah Taala berfirma didalam surah An-nur ayat 31 yang bermaksud
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman,supya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang apa yang biasa lahir daripadanya dan labuhkanlah tutupan hingga paras dada  dan janganlah pamerkan perhiasan kecuali kepada suami,bapanya,bapa suami......
Ayat diatas dengan jelas menerangkan beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh wanita
1.Pandangan syahwat dan berahi,kerana pandangan sebeginilah yang boleh membawa kearah maksiat .
2.Menjaga kehormatan bagi wanita,kerana nilai dan harga diri seseorang wanita itu adalah pada kehormatan dan maruahnya.
3.Jangan dedahkan perhiasan dan kecantikan kepada mata umum kecuali pada mereka yang mahram.
4.Tutupan dan hijab hendaklah hingga keparas yang boleh menutup dada.
5.Perhiasan yang ada dibadan mestilah ditutup  daripada pandangan lelaki bukan mahram.

Apa yang tertulis didalam ayat diatas adalah  bertujuan untuk menjaga kehormatan dan kemulian wanita.
Wahai wanita sekelian Allah Taala amat prihatin  dan begitu menjaga maruah anda tetapi kenapa kaum wanita sendiri yang rela maruah dan harga diri mereka dijaja dan dihina dengan membuka aurat dan mempamerkan bahagian badan untuk tontonan ramai.........Fikir-fikirkanlah.

Tips Harian

Imam Jaafar Shadiq(as) berkata:
Sesiapa yang berselawat seratus kali kepada Muahammad dan keluarganya,Allah akan memenuhi seratus keperluannya,tiga puluh keperluan didunia dan tujuh keperluan diakhirat.


Tuesday, 25 October 2011

TAUBAT( MENYESAL DAN PERBAIKI DIRI)






Taubat ialah apabila seseorang yang telah melakukan kesalahan dan dosa  menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan,memohon keampunan kepada tuhan dan berjanji tidak akan mengulangi nya pada masa akan datang.

Apabila seseorang hamba telah bertaubat dan memohon keampunan pada Allah,Allah pasti akan mengampunkannya kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Pengampun.

Allah Taala berfirman:
 وتو بوا الى الله جميعا ايها المؤمنون لعلكم تفلحو ن
Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu mendapat kemenanagan-(Surah Nur 31).

Sebanyak mana dan sebesar mana dosa sekali pun jika betul-betul menyesal dan berazam tidak akan mengulanginya lagi sudah pastilah Allah akan menerima taubat hambanya.

Imam Ali berkata:
التو بة تطهر القلو ب وتغسل الذنوب
“Taubat membersihkan hati dan menyucikan dosa-dosa”.

Rasulullah juga bersabda:
Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah apabila hambanya dari kalangan lelaki dan wanita memohon taubat kepadaNYA.

Allah Taala berfirman didalam Al-quran didalam surah Al-Syura ayat 25
وهو الذى يقبل التوبة عن عبا ده
“ Dan Dia yang menerima taubat dari hamba-hambanya”

Allah juga telah memberi perhatian yang begitu istimewa pada orang-orang yang bertaubat didalam firmannya didalam surah Al-baqarah ayat 222:
ان الله يحب التوابين
“Sesungguhnya Allah mencintai dan menyukai orang-orang yang bertaubat”.

Terdapat  ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis  yang tidak terhitung banyaknya yang diriwayatkan daripada Rasulullah(saw) dan para Imam(as) yang menyatakan betapa Allah Maha Pengampung dan penerima taubat hambaNYA,tidak kira samada dosa yang dilakukan sedikit atau banyak,besar atau kecil,jika hambanya bertaubat dengan bersungguh-sungguh maka sudah pastilah Allah akan mengampunkannya.

Ada dikalangan mereka yang telah melakukan dosa dan kesalahan berkata dengan linangan air mata dan suara yang tersekat-sekat “apa yang perlu aku lakukan supaya aku bersih dari dosa-dosaku”
Ketahui bahwa air mata yang mengalir dan penyesalan yang ada itulah sebenarnya membawa kepada suci dan bersihnya dosa-dosa mereka.

Dosa-dosa seperti meninggalkan solat,puasa  disamping bertaubat dan menyesal hendaklah menqada’kan semula apa yang telah ditinggalkannya.
Seorang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah(saw) dan berkata:
Ya Rasulullah!aku  telah melakukan banyak dosa dan aku mahu bertaubat.
Rasulullah telah memberi panduan kepada lelaki tersebut aitu salah satu daripada syarat taubat ialah mestilah melakukan  satu kebaikan supaya dosa disucikan dan ampunkan oleh Allah sepenuhnya.
Rasul(saw) bertanya:
Adakah kamu masih mempunyai ayah dan ibu?
Lelaki menjawab:Hanya ayah ku masih hidup
Rasul(saw) bersabda:Pergilah kepada ayah mu dan berbuat baiklah kepadanya.
lantas lelaki tersebut terus berlalu dan Rasulullah(saw) bersabda:
Alangkah baiknya jika ibunya masih hidup dan dia dapat berkhidmat kepada ibunya.


Setiap dari kita pasti pernah melakukan  kesilapan dan dosa,masih belum terlambat untuk kembali kejalan yang benar dan menyesali kesilapan yang ada.  

Bertaubatlah,
Betapa dekatnya kita dengan kematian tetapi merasakan kematian masih jauh maka kita leka dan lalai…………………………

Sunat membaca
الحمد الله الذي احيا نى بعد ما اما تنى
Didalam sujud yang pertama selepas terjaga dari tidur untuk solat malam.

Kita yang lalai dan lupa kepada kematian…. tetapi ada mereka  diantara kita yang sentiasa menunggu-nunggu saat kematiannya………………………………


Sunday, 23 October 2011

DOSA,MENGHITAMKAN DUA DUNIA……




Jihad adalah diantara perkara yang dituntut didalam agama Islam.
Jihad melawan hawa nafsu adalah dikira sebagai “Jihadul akbar”(Jihad yang besar).

Bukan senang untuk berperang memerangi hawa nafsu sendiri,disebelah kanan,kiri,atas,bawah dan pendek kata semua sisi ada pelbagai tarikan kearah maksiat dan kejahatan.
Jika keimanan menebal didada,pandangan mata dapat ditundukkan,pendengaran dapat ditulikan,mulut dapat dikuncikan dan tarikan kearah maksiat dan kejahatan dapat dikawal,itu kalau mereka yang meletakkan agama dan tuhan dihadapan tapi jika tidak maka tergodalah dengan tarikan tersebut dan hanyutlah entah kemana bersama nafsu  dan dosa yang disertai dengan tawa dan hilaian syaitan yang menepuk tangan tanda gembira kerana telah berjaya mengoda anak Adam.

Wahai anak-anak remaja(termasuk yang dewasa juga……) jika datang godaan syaitan yang mahu menarik kearah kejahatan dan berbuat dosa serta maksiat ,gunakanlah aqal bagi menggantikan perasaan dan letakkanlah tuhan dan agama dihadapan dan perangilah godaan ini,maka inilah yang dinamakan “jihadul akbar”.

Jihadul akbar berarti jihad yang besar ….perlu berusaha untuk melakukan jihad yang besar ini,kenapa perlu melawan hawa nafsu  ….ini adalah kerana dosa hasil dari maksiat dan kejahatan  dorongan hawa nafsu ini  bukan sahaja menghitamkan kita didunia malahan  juga diakhirat.

Dosa bukan sahaja mencengkam kehidupan manusia  bahkan juga akan disusuli dengan bala bencana,kefaqiran,musibah dan pelbagai jenis penyakit,ini semua adalah kesan daripada dosa yang dilakukan oleh manusia.

Imam Ali(as) didalam doa Kumail yang dibaca pada setiap malam jumaat berkata:
“Wahai Tuhanku,ampunkanlah dosa-dosaku yang menyebabkan penghalang kepada kabulnya doaku,ampunkan dosa-dosaku yang menyebabkan turunnya bala,ampunkan dosa-dosaku yang menyembabkan datangnya kesedihan dan kesengsaraan…….  “

Banyak bencana dan kesulitan serta kesengsaraan yang berlaku kepada manusia didalam masyarakat adalah hasil dan kesan daripada kejahatan dan maksiat yang dilakukan oleh mereka.

Imam Ali Redha(as) berkata:
“Setiap kali manusia berbuat dosa yang baru maka Allah akan menurunkan bala yang baru kepadanya”.

Imam Sodiq(as) berkata:
“Setiap bala dan musibah yang berlaku kepada manusia adalah kesan daripada dosa-dosa yang dilakukannya”.
Rasulullah(saw) bersada:
“Jauhilah daripada berbuat dosa,kerana dosa akan menghapuskan perbuatan-perbuatan baik  kamu  dan kadang-kadang menjadi halangan kepada peningkatan ilmu seseorang”.

Hayatilah kata-kata Imam Sodiq(as):
“Setiap kali manusia berbuat dosa,akan timbullah satu titik hitam didalam hatinya dan jika dia bertaubat maka bersih dan hilang titik hitam tersebut tetapi jika  dia menambahkan lagi dosanya maka titik hitam tersebut akan memenuhi dan menutupi hatinya sehinggalah  hatinya akan menyongsang dan akhirnya  sama sekali tidak akan selamat.

Sama-samalah kita berdoa supaya dipelihara daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar syariat dan perintah-perintah Allah.
Ya Allah lindungilah kami dan keluarga serta keturunan kami juga semua mukminin dan mukminat daripada kejahatan dan hasutan syaitan serta iblis…..Amin.

Hayati kata-kata Imam Jaafar Sadiq(as) :
المؤ من بين مخا فتين:ذنب قد مضى لا يدرى ما صنع الله فيه وعمر قد بقى لا يدرى ما يكتسب فيه
Orang-orang mukmin akan risaukan dua perkara,pertama kepada dosa lampaunya tidak tahu apa  tuhan akan lakukan kepadanya dan kedua kepada sisa-sisa umur yang masih ada dia tidak tahu apakah  akan dilakukan dengan sisa-sisa umur  tersebut.

Tuesday, 18 October 2011

HUBUNGAN TERLARANG







Add caption



Salah satu daripada  masalah dan boleh juga dikatakan bencana  yang melanda didalam masyarakat  kini adalah hubungan terlarang antara lelaki dan wanita yangmana telah membawa kepada kerosakan masyarakat  dan runtuhnya institusi kekeluargaan  malah boleh meruntuhkan sesebuah negara.
Hasil daripada  hubungan  terlarang dan bebas ini  lahirlah anak-anak luar nikah bersepah-sepah dimerata-rata tempat.Bayi-bayi yang tidak berdosa yang dilahirkan daripada hubungan terlarang dan bebas ini  dibuat sesuka hati,ada yang dibuang ditepi-tepi jalan,ditinggalkan dimasjid dan surau ,diletakkan di hadapan rumah-rumah malah ada yang dibuang kedalam longkang dan yang lebih dahsyat lagi ada bayi  ini dilontarkan dari tempat tinggi kedalam longkang dan yang paling menyayat hati ada yang tergamak  menikam perut  bayi kecil sehingga terkeluar isi perut dan mengelar anggota-anggota badan yang lain,bayangkanlah bayi yang  tidak berdosa  dan tidak mengerti apa-apa diperlakukan sedemikian rupa,alangkah 
zalimnya manusia diakhir zaman ini………….
Kita ada agama…..dan agama kita adalah AGAMA ISLAM yang amat menjaga kehormatan dan kemulian manusia.
Kedudukan manusia adalah lebih tinggi dan mulia daripada binatang,oleh yang demikian hubungan lelaki dan wanita bukanlah  seperti hubungan jantan dan betinanya haiwan…...
Kebebasan didalam hubungan amatlah menyeronokkan tetapi akibatnya........
Islam telah menetapkan hubungan lelaki dan wanita mestilah melalui ikatan yang sah yang  dipanggil ikatan ‘perkahwinan”.
Melalui perkahwinan hubungan antara lelaki dan wanita boleh diteruskan dengan aman  dan tenang,zuriat-zuriat yang dilahirkan adalah zuriat yang berkat dan suci hasil daripada ikatan yang diperintahkan oleh Allah.
Sebarang hubungan kelamin antara lelaki dan wanita tanpa ikatan ini adalah dipanggili sebagai “ZINA”.
Allah Taala telah memberi amaran yang jelas tentang  perbuatan zina didalam Al-quran,
ولا تقربوا الزنا انه كا ن فا حشة وساء سبيلا                          
Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat(Al-Isra’-32).
Perkataan ‘keji’ disini  mengambarkan dengan jelas bahawa zina ini  adalah satu perbuatan yang amat terkutuk , larangan kearah mendekati zina sangat ditekankan malah berfikir kearah zina pun perlu dielakkan kerana ianya adalah satu dosa yang amat besar disisi Allah.
Rasulullah bersabda:
الزنا من اكبر الكبا ئر              
Zina adalah dosa yang paling besar daripada dosa-dosa besar.

Imam Sodiq(as) berkata:
Pada hari kiamat,golongan yang  mendapat azab yang teruk daripada orang lain adalah mereka yang meletakkan air maninya kedalam rahim wanita yang bukan mahram(zina).

Nabi Musa(as) berkata:
لكل عضو حظ من الزنا ايما امرئة استعطرت و خرجت يوجد ريحها فهى زا نية وكل عين زانية
Setiap anggota badan ada zina,wanita yang meletakkan haruman dibadannya dan bauan tersebut dihidu oleh bukan mahram ketika keluar dari rumah maka dia telah melakukan zina dan setiap mata yang dipandang pada bukan mahran juga  telah melakukan zina.

Rasulullah(saw) bersabda:
Allah Taala amat murka kepada wanita yang memandang lelaki bukan mahram (dengan pandangan berahi),perbuatannya ini akan menyebabkan segala amalan kebaikannya terhapus dan jika wanita ini melakukan hubungan kelamin dengan bukan mahram,maka Allah akan membakarnya didalam neraka
 Selepas dia mendapat azab didalam kubur.
Imam Sodiq(as) berkata:
Tiga golongan yang tidak mendapat perhatian dan kasih sayang Allah dihari kiamat dan diberi azab yang sangat dashyat,salah satu daripadanya ialah wanita yang membawa lelaki bukan mahram  ketempat tidur suaminya.

Rasulullah(saw) bersabda:
Beberapa  perkara jika masuk kedalam rumah kamu nescaya rumah kamu akan binasa: khianat,mencuri,minum arak dan berzina.

Imam Ali(as) berkata:
Zina boleh menyebabkan kematian  mengejut.

Imam Sodiq(as) berkata:Jika perbuatan zina berleluasa maka gempa bumi akan banyak berlaku.

Imam Sodiq(as) berkata:Allah Taala telah memberi wahyu kepada nabi Musa(as) supaya disampaikan kepada Bani Israil:
Janganlah kamu berzina kerana jika kamu berzina nescaya isteri-isteri kamu akan berzina dengan lelaki lain,barangsiapa yang masuk kedalam bilik tidur orang lain maka bilik tidur kamu akan dimasuki orang lain juga.
Apa yang kamu perlakukan pada orang lain maka perbuatan itulah yang akan   dilakukan kepada kamu.
Jagalah pandangan kamu pada wanita lain supaya orang lain juga menjaga pandangannya pada isteri kamu.
Semuga Allah dan para maksumin melindungi diri kita,anak-anak dan keluarga kita daripada perbuatan keji ini.Amin……
 Apakah peranan kita ...............(sila bagi pandangan anda dan emailkan pada srikandi karbala@gmail.com)