Monday, 8 August 2011

RINGAN TULANG

                                          

Rasulullah(saw) bersabda:
خد مة العيا ل كفا رة الكبا ر ويطفىئ غضب الرب   
Membantu isteri adalah menjadi kafarah pada dosa-dosa besar(suami) dan memadamkan api kemarahan Allah Taala..

Didalam urusan rumahtangga perlulah ada sikap tolong   menolong,bantu membantu diantara suami dan isteri.

Antara suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing didalam  rumahtangga.

Didalam pembahagian tugas diadalam rumahtangga,puteri nabi Fatimah Az-zahra(as) dan Imam Ali (as)telah memberi contoh yangmana urusan diluar dibawah tanggungjawab Imam Ali manakala urusan didalam rumah adalah dibawah tanggungjawab Sayyidah Fatimah Az-zahra(as).

Desakan keperluan didalam kehidupan pada hari ini telah menarik para wanita kepada tugasan diluar rumah,rata-rata kebanyakan wanita mempunyai kerjaya ataupun perkerjaan diluar rumah,ini telah menjadikan tugasan wanita yang sepatutnya berada didalam rumah telah ditambah dengan tugas diluar dan bebanan serta tugasan ini telah menjadi berat jika tidak dibantu oleh para suami.

Janganlah sang suami dirumah seperti seorang tetamu yangmana hanya isteri yang memasak,menghidangkan makanan,minuman,mencuci pinggan dan pakaian dan sebagai……..

Suami seharusnya didalam urusan rumah mempunyai sikap ringan tulang,membantu isteri ,tidak salah kan jika seorang suami menunjukan kasih sayang dan perihatinnya pada isteri dengan cara membantu isteri dirumah.

Rasulullah(saw) membahagikan tugasan didalam rumah,semasa bermusafir dan didalam peperangan malah baginda sendiri turut membantu.

Sebagai contoh didalam salah satu peperangan ketika mahu menyediakan makanan,rasul(saw) telah membahagi-bahagikan tugasan dan tugasan mencari dan mengumpulkan kayu api telah diambil oleh baginda sendiri,para sahabat mendesak nabi(saw) duduk berehat,biarkan mereka sahaja yang membuat semua pekerjaan,rasulullah menjawab”Aku juga akan  berkongsi didalam makanan dengan kamu jadi aku mestilah melakukan sesuatu didalam penyedian makanan".

Wahai suami…bantulah juga isterimu didalam urusan penjagaan anak-anak,janganlah biarkan hanya isteri bangun dimalam hari untuk menyediakan susu atau menenangkan anak yang menangis,hulurkanlah tangan mu untuk membantu.
Imam Sadiq(as) berkata:
Bersifat sabar,benar,lemah lembut dan akhlak yang baik adalah daripada akhlaknya nabi Muhammad((saw). 
Telah diriwayatkan didalam kitab"manaqib";Rasulullah(saw) menjahit sendiri kasut dan bajunya yang koyak,membuka pintu rumah ,membantu khadamnya,memerah susu kambing  dan unta,menyediakan air untuk berwuduk pada malam hari bahkan membantu isterinya didalam kebanyakan kerja-kerja rumah.
Bukankah contoh yang terbaik adalah daripada dirinya baginda nabi......oleh itu contohi keperibadian  dan akhlak baginda Muhammad(saw).

 
    

No comments:

Post a Comment