Thursday, 11 August 2011

MARI BERSAHUR





 
Rasululullah(saw) bersabda:
Bersahur adalah punca barakah

Amirulmukminin Imam Ali(as) berkata:
Makanlah sahur walaupun sekadar minum air dan separuh kurma sekalipun.

Imam Ali(as) menambah lagi:Bersahur membawa keberkatan,Allah dan para Malaikat beristigfar kepada mereka yang bersahur dan sesiapa yang bangun kerana sahur Allah menghantar puji-pujian pada mereka ,kerana sahur adalah yang membezakan antara kami(muslim) dengan pengikut agama lain.

Rasulullah(saw) bersabda:
Puasa kamu ditolong dan dibantu oleh sahur manakala solat malam kamu dibantu oleh tidur ‘qailulih’(tidur sebentar sebelum azan zohor)

Abal Hassan berkata:
Kamu tidurlah qailulih(tidur sebentar sebelum azan zohor) kerana Allah akan memberi makan dan minum orang yang berpuasa didalam tidur tersebut.

Rasulullah(saw) bersabda:
Wahai umatku janganlah tinggalkan sahur walaupun dengan kurma yang kering.
 Rasulullah bersabda lagi:
Bersahurlah walaupun dengan air kosong kerana Allah menghantar-puji-pujian bagi yang bersahur.

Amalan bersahur amat dititik beratkan didalam Islam walaupun dengan hanya minum secawan air sahaja kerana banyak fadhilat yang boleh didapati didalam amalan bersahur,Antaranya ialah
·         Bangun sahur dapat diterus dengan solat malam
·         Bersiap sedia untuk solat subuh diawal waktu yangmana ini merupakan punca kebahagian bagi orang mukmin.
Antara amalan lain yang digalakkan ketika bangun sahur ialah ‘beristigfar’
Rasulullah(saw) bersabda:
Allah Taala pada setiap 1/3 malam akan memberi perhatian kepada penghuni didunia dan menyeru”Ada sesiapa yang mahukan hajat dariku untuk aku kabulkan hajatnya.ada sesiapa yang mempunyai permintaan dariku untuk aku tunaikan.ada sesiapa yang mahukan keampunanku untuk aku ampunkan”(Bukhari 63/2)

Imam Baqir berkata(as):
Pada setiap malam jumaat Allah Taala bermula dari awal malam hingga akhir malam menyeru”Adakah ada hambaku yang mukmin ( sebelum terbitnya fajar) yang mahukan pertolongan didalam urusan agama dan dunianya kerana aku mahu kabulkan permintaannya’.

“Adakah ada mukmin yang rezeki baginya sempit(jika ketika ini-sebelum terbitnya fajar) meminta dariku maka akan ku tambah dan buka rezeki baginya”

“Adakah ada hamba yang sakit (yang meminta ketika ini) untuk aku beri syafa’ dan kesembuhan padanya”

“Adakah ada mukmin yang sedih dan berdukacita (yang meminta ketika ini) untuk aku selesaikan dan hilangkan kedukaan dan kesedihannya.”

‘Adakah ada mukmin yang yang dizalimi untuk aku lepaskan mereka daripada kezaliman dan membalas segala kezaliman tersebut”

Allah Taala akan menyeru pada setiap malam jumaat bermula dari awal malam hingga subuh dengan tidak berhenti.

Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak menyambut seruan ini………………………

BANGUNLAH SAHUR UNTUK MENYAMBUT SERUAN KHALIQ TUHAN PENCIPTA SEKELIAN ALAM.

SELAMAT BERSAHUR……..


Monday, 8 August 2011

RINGAN TULANG

                                          

Rasulullah(saw) bersabda:
خد مة العيا ل كفا رة الكبا ر ويطفىئ غضب الرب   
Membantu isteri adalah menjadi kafarah pada dosa-dosa besar(suami) dan memadamkan api kemarahan Allah Taala..

Didalam urusan rumahtangga perlulah ada sikap tolong   menolong,bantu membantu diantara suami dan isteri.

Antara suami dan isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing didalam  rumahtangga.

Didalam pembahagian tugas diadalam rumahtangga,puteri nabi Fatimah Az-zahra(as) dan Imam Ali (as)telah memberi contoh yangmana urusan diluar dibawah tanggungjawab Imam Ali manakala urusan didalam rumah adalah dibawah tanggungjawab Sayyidah Fatimah Az-zahra(as).

Desakan keperluan didalam kehidupan pada hari ini telah menarik para wanita kepada tugasan diluar rumah,rata-rata kebanyakan wanita mempunyai kerjaya ataupun perkerjaan diluar rumah,ini telah menjadikan tugasan wanita yang sepatutnya berada didalam rumah telah ditambah dengan tugas diluar dan bebanan serta tugasan ini telah menjadi berat jika tidak dibantu oleh para suami.

Janganlah sang suami dirumah seperti seorang tetamu yangmana hanya isteri yang memasak,menghidangkan makanan,minuman,mencuci pinggan dan pakaian dan sebagai……..

Suami seharusnya didalam urusan rumah mempunyai sikap ringan tulang,membantu isteri ,tidak salah kan jika seorang suami menunjukan kasih sayang dan perihatinnya pada isteri dengan cara membantu isteri dirumah.

Rasulullah(saw) membahagikan tugasan didalam rumah,semasa bermusafir dan didalam peperangan malah baginda sendiri turut membantu.

Sebagai contoh didalam salah satu peperangan ketika mahu menyediakan makanan,rasul(saw) telah membahagi-bahagikan tugasan dan tugasan mencari dan mengumpulkan kayu api telah diambil oleh baginda sendiri,para sahabat mendesak nabi(saw) duduk berehat,biarkan mereka sahaja yang membuat semua pekerjaan,rasulullah menjawab”Aku juga akan  berkongsi didalam makanan dengan kamu jadi aku mestilah melakukan sesuatu didalam penyedian makanan".

Wahai suami…bantulah juga isterimu didalam urusan penjagaan anak-anak,janganlah biarkan hanya isteri bangun dimalam hari untuk menyediakan susu atau menenangkan anak yang menangis,hulurkanlah tangan mu untuk membantu.
Imam Sadiq(as) berkata:
Bersifat sabar,benar,lemah lembut dan akhlak yang baik adalah daripada akhlaknya nabi Muhammad((saw). 
Telah diriwayatkan didalam kitab"manaqib";Rasulullah(saw) menjahit sendiri kasut dan bajunya yang koyak,membuka pintu rumah ,membantu khadamnya,memerah susu kambing  dan unta,menyediakan air untuk berwuduk pada malam hari bahkan membantu isterinya didalam kebanyakan kerja-kerja rumah.
Bukankah contoh yang terbaik adalah daripada dirinya baginda nabi......oleh itu contohi keperibadian  dan akhlak baginda Muhammad(saw).

 
    

Wednesday, 3 August 2011

FADHILAT MEMBERI IFTHAR(MEMBERI MAKAN PADA ORANG YANG BERPUASA)






Imam Musa Kazim(as) berkata:Berilah makan pada orang mukmin yang berpuasa nescaya puasa kamu akan lebih bernilai.(mahasin/396).

Imam Sadiq(as) berkata:Barangsiapa yang memberi makan kepada orang mukmin didalam salah satu malam dibulan ramadhan,Allah Taala akan menulis baginya ganjaran seperti membebaskan 30 orang hamba mukmin dan setiap satunya dikabulkan doa.(thawabul A’mal/122)

Imam Baqir berkata:Ketahui jika seorang mukmin berbuka puasa dirumahku lebih aku suka daripada membebaskan berapa banyak hamba sekalipun pada jalan Allah(dari kalangan anak-anak nabi Ismail).     (mahasin/395).

Rasulullah(saw) bersabda:Bulan ini adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu adalah syurga,bulan ini adalah bulan keampunan dan pengorbanan.
Didalam bulan ini rezeki bagi orang-orang mukmin bertambah-tambah dan sesiapa yang memberi makan pada mereka yang berpuasa akan mendapat ganjaran pahala seperti membebaskan hamba dan Allah akan memberi pahala orang-orang yang berpuasa pada hari itu padanya tanpa berkurangan ganjaran pahala puasanya.

Rasulullah(saw) bersabda:Syurga merindui 4 golongan manusia
1.      Orang yang memberi makan pada mereka yang lapar.
2.      Orang yang menjaga lidahnya.
3.      Orang yang membaca Al-Quran.
4.      Orang yang berpuasa dibulan ramadhan.
Rasulullah bersabda lagi:orang yang memberi makan pahalanya seperti mereka yang berpuasa dan bangun bersahur.

Imam Ja’far Sadiq(as) menukilkan daripada ayahandanya dan daripada Rasulullah(saw) bersabda:
Setiap kali rasulullah(saw) berada bersama kumpulan orang yang sedang makan(tetamu yang sedang makan,didalam doa mereka)rasul (saw)bersabda:orang yang berpuasa telah memberi kamu makanan berbuka puasa dan kamu makan daripada makanan yang baik sesungguhnya doa orang yang berpuasa mustajab(dikabulkan ) ketika mereka sedang berbuka.


Tuesday, 2 August 2011

ADAB BAGI YANG BERPUASA….







1)Mendahulukan solat maghrib daripada berbuka
Imam Sodiq(as) berkata:Sunat bagi orang yang berpuasa jika mempunyai kekuaatan mendahulukan solat maghrib daripada berbuka(Wasail 10/15).

Iman Baqir(as) berkata:Pada bulan ramadhan dahulukan solat sebelum berbuka,kecuali kamu berbuka secara beramai-ramai dan orang lain menanti  kamu.

Imam Baqir berkata:Jika kamu lebih cenderung untuk berbuka dahulu(makan dan minum) maka berbukalah dahulu kemudian barulah solat(supaya dapat solat dengan keaadaan yang tenang)

Oleh itu sunat solat dahulu sebelum berbuka kecuali:
·         Tidak ada kemampuan untuk bertahan
·         Orang lain menunggu untuk berbuka bersama-sama.

2)Berdoa ketika berbuka puasa

اللهم لك صمت وعلى رزقك افطرت وعليك توكلت 

3)Ucapkan zikir “Laailahaillallah”
Telah berkata Imam Jaafar Sadiq(as)Barangsiapa yang mengakhiri puasanya dengan kata-kata yang soleh dan amalan yang soleh maka Allah Taala akan mengabulkan puasanya.

Sahabat bertanya:Apakah maksud kata-kata soleh?
Imam menjawab:Kata-kata soleh adalah Syahadat dengan kalimah Laailahaillallah dan amal soleh adalah mengeluarkan fitrah dari hartanya.

4)Berbuka dengan:
1.      Kurma
Rasulullah(saw) bersabda:Barangsiapa yang berbuka dengan kurma maka pahala solatnya adalah 400 kali ganda.

Imam sodiq(as) berkata:Datukku Muhammad(saw) berbuka puasa dengan kurma.
Juga telah diriwayatkan kadang-kadang rasulullah berbuka dengan gula  dan ada juga yang meriwayatkan rasulullah berbuka dengan manisan dan jika tiada manisan dengan air panas.
2.      Air
Imam Sodiq (as) berkata:Barangsiapa yang berbuka dengan air ,dosa-dosa hatinya akan dibasuh.
Sahabat yang bernama Jabir bin Abdullah berkata:Aku mendengar Imam Sodiq berkata”Rasulullah(saw) berbuka dengan 2 makanan hitam,telah ditanya apakah makanan hitam itu? Imam menjawab:kurma dan kismis hitam dan air dan dengan dua makanan ini juga baginda bersahur.
Rasulullah(saw) bersabda:Air panas membersihkan perut dan hati,mewangikan mulut,menguatkan anak mata dan gigi,menenangkan keresahan,menghilangkan lendir dan kepanasan didalm perut juga menghilangkan sakit kepala(makarimul akhlak/27).

3.      Susu
Anas bin Malik berkata:Rasulullah(saw) mempunyai minuman yang dimInum pada ketika berbuka dan bersahur,minuman tersebut susu dan yang seumpamanya.

5)Membaca surah Al-Qadr ketika berbuka
Imam Zainal Abidin(as) berkata:Sesiapa yang membaca surah Al-Qadr sebelum berbuka puasa dan sebelum makan sahur maka akan diberi ganjaran seperti mereka yang berjuang dijalan Allah dengan darah mereka (didalam tempoh diantara sahur dan buka puasa(siang hari puasa).

6)Membaca Bismillah dan berdoa
Imam Musa Al-Kazim(as)  meriwayatkan daripada ayahanda beliau dengan berkata:bagi mereka yang berpuasa ada satu doa yang sunat dibaca ketika berbuka selepas diambil cubitan pertama makanan dengan berkata
Bismillahi Ya Wasialmaghfirah Ighfirli.

Didalam riwayat lain juga diceritakan bacalah Bismillahirrahmanirrahim ketika berbuka nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu.

 SELAMAT BERBUKA PUASA